Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pas Tak Jujur Pendirian Politik Antara Umno Atau Bersatu – Penganalisis

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pengundi Melayu peringkat akar umbi berkemungkinan tidak bersetuju dengan parti yang mempunyai pendirian yang tidak jelas seperti Pas, menurut beberapa penganalisis politik.

Mereka sependapat bahawa Pas sepatutnya memperjelaskan kenyataannya mengenai sokongan terhadap Umno dan Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, tidak pasti sama ada Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Man merujuk sokongan yang akan diberikan terhadap penyandang kerusi parti itu atau kepada Ahli Parlimen yang menyandang kerusi di mana berlakunya pertembungan Umno dan Bersatu.

Pas merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu dan turut mengadakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Bukti terbaharu kekecewaan ahli Pas sendiri terhadap prinsip dan dasar perjuangan pemimpin mereka – Foto: Facebook

Namun perselisihan faham dilihat sering berlaku di antara Bersatu dan Umno dan kedua-dua parti itu mungkin bertembung dalam PRU.

Dalam kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia Isnin lalu, Tuan Ibrahim berkata, Pas, Umno dan Bersatu harus mengekalkan kerusi masing-masing.

“Jika kerusi itu milik Umno, kita akan menyokong Umno, jika Bersatu, kita akan sokong Bersatu,” katanya.

“Asas kerjasamanya adalah untuk menghalang pertembungan tiga penjuru.”

Ahmad Fauzi berkata, rancangan Pas untuk menyokong penyandang parti mungkin bermaksud ia akan meninggalkan bekas ahli Umno yang berpaling tadah kepada Bersatu selepas PRU yang lalu.

Beliau bertanya: “adakah Pas bersedia untuk meninggalkan 13 orang Ahli Parlimen Bersatu yang memenangi kerusi atas tiket Umno pada PRU14?”

Katanya, penting untuk diingatkan bahawa mereka membantu Bersatu mendapatkan jumlah kerusi yang mencukupi untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan akhirnya menjadi tonggak utama kepada PN.

“Sebenarnya orang yang berpaling tadah ini membantu Pas mendapatkan kuasa di peringkat persekutuan selepas 44 tahun,” katanya.

“Saya ragu-ragu sekiranya mereka yang kini berada dalam Bersatu akan berasa senang dengan pendirian Pas untuk menyokong Umno di kawasan penyandangnya, terutama sejak Pas menjadi sebahagian daripada PN.”

Pas dilihat tidak jujur di mata orang Melayu kerana mengambil kesempatan daripada perbalahan antara Umno dan Bersatu demi kepentingan politik mereka sendiri.

Katanya, pengundi Melayu di peringkat akar umbi mungkin tidak bersetuju dengan pendirian yang tidak jujur serta tidak jelas.

Oh berkata, Umno mungkin tidak menyambut baik pendirian Pas terutama jika strategi untuk menyokong penyandang itu bermaksud menyokong bekas ahli Umno yang berpaling tadah.

Bagaimanapun beliau berkata, Pas yang mempunyai sokongan yang cukup besar dan setia boleh menetapkan syarat pengantaraan antara Umno dan Bersatu kerana kedua-duanya mahukan sokongan mereka.

“Namun Umno akhirnya boleh menolak rancangan pengantaraan oleh Pas itu kerana ia mempunyai sokongan akar umbi yang besar,” katanya.

“Manakala Bersatu pula, perlu bergantung pada Pas kerana kurangnya sokongan di peringkat akar umbi.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania