Pendapat

Nyahkan Parti Pak Lebai, Jangan Harapkan Mereka…

Kongsikan Artikel Ini

Presiden AMANAH Mohamad Sabu merayu kepada anak-anak muda agar tidak lagi menaruh harapan kepada Pas yang sekarang ini bukan lagi berjuang untuk Rahmatan Lil Alamin.

Mohamad juga berkata, parti pak lebai atau Pas berada dalam fekahnya yang sempit dan tidak mempedulikan hal kepincangan yang sedang berlaku di dalam negara.

Apa yang beliau lihat, Pas hanya mementingkan kuasa dengan apa cara sekali pun termasuk bersekongkol dengan perasuah dan mereka yang merosakkan demokrasi.

“Jangan harapkan lagi parti pak lebai, nyahkan parti pak lebai itu sebab mereka bukan berjuang di atas Rahmatan Lil Alamin.

“Mereka dalam fekah yang sempit tidak peduli hal kepincangan seperti yang dipesan Saidina Umar, Saidina Ali Umar Abdul Aziz, tapi lebai-lebai Pas tidak peduli itu semua yang penting dapat kuasa dengan apa cara sekali pun bersekongkol dengan perasuah dan mereka yang merosakkan demokrasi,” kata beliau dalam segmen Bual Bicara Bersama Presiden Mengulas Isu Politik Semasa di Facebook Parti Amanah Negara.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga membidas sikap Pas yang diam membisu dalam isu Pandora Papers di mana duit negara dibawa keluar sebaliknya hanya bising membincangkan soal halal haram dan perkara kecil sahaja.

“Pendedahan skandal Pandora Papers trillion wang Malaysia di bawa keluar nama-nama tersenarai tapi Pas tak kata apa-apa, Umno pun. Sedangkan ini wang negara.

“Wahai anak-anak muda Bang Mat ni dah tua, sikit lagi sudah sampai tujuh siri. Kamu lama lagi buatlah sesuatu selamatkan kepincangan Malaysia ini.

“Saya menyeru anak-anak muda apa sahaja kaum di Malaysia, negara ini perlu dipelihara dan dipertahankan jangan kita ketinggalan akibat kepincangan yang berlaku sekarang ini,” kata beliau.

Mohamad juga cabar anak-anak muda agar mereka membuat sesuatu sama ada ke jalan raya sekali pun dan tidak boleh berdiam diri kerana ia penentu masa depan mereka juga.

“Kes Pandora Papers ini berapa bilion-bilion mereka bawa ke luar negara. Anak muda mahu duduk diam? Wang negara dicuri? Kamu tiada kerja, perancangan ekonomi gagal dan orang politik sedang rakus?

“Anak muda kena buat sesuatu jangan biar, kalau ke jalan raya silakan! Buat sesuatu jangan diam ! Negara kita dah ‘lawlesness’.

“Lihat di Melaka peristiwa yang sama cara penyelesaian yang berlainan ini membawa musibah kepada Malaysia sekarang dan pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Justeru beliau memesan kepada anak muda agar membina masa depan negara dengan lebih baik agar beliau dapat melihat kebangkitan anak muda sebelum penghujung usianya.

“Inilah pesanan Bang Mat, kita binalah masa depan lebih baik, di akhir usia saya nanti yang tidak tahu bila penghujungnya, saya akan melihat kebangkitan anak muda berlaku di Malaysia tidak lama lagi,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPada tahun 1927, Zaa’ba menerbitkan artikel ‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu’ – yang menekankan tentang pentingnya penguasaan ilmu dan intelektual bagi membolehkan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 20 Okt – Di sebalik Pas masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi PRN Melaka dan membawa sekali Bersatu dalam...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniNegara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah Tanah air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah, Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan tetapi hanya akan bekerjasama dengan Bank Negara dan agensi penyiasatan lain untuk menyiasat pendedahan yang dibuat dalam...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version