Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

NAK KANTOI? – Pemilik Kapal Mewah Nafi Taja Ketua Pengarah MKN

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 8 Okt – Dakwaan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad bercuti di atas kapal mewah dengan tajaan sebuah syarikat akhirnya dikatakan tidak benar.

Pemilik kapal berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar kononnya apa yang sebenarnya berlaku.

Menerusi laman Instagramnya, pemilik kapal yang dikenali sebagai kingshah_captainks menjelaskan Rodzi telah menyewa kapalnya pada 10 Oktober dengan membawa tiga ahli keluarga dan enam kakitangannya.

Rodzi menempah melalui telefon dan membuat bayaran secara tunai ketika bertemu di jeti, katanya pada Jumaat.

kingshah_captainks dikatakan turut mempersoalkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat tohmahan tersebut.

Salah ke Datuk (Rodzi) mahu support perniagaan kami yang hampir terkubur disebabkan Covid-19? soalnya.


Sebelum ini sebuah portal mendakwa Rodzi menikmati percutian dengan kapal mewah yang dikatakan ditaja oleh syarikat yang diberi kontrak membangunkan aplikasi MySejahtera.

Portal itu mendakwa segala rahsia data peribadi seluruh rakyat Malaysia ditangan pihak asing terutamanya Singapura dan Amerika Syarikat.

Menurut portal itu lagi, pergerakan dan rahsia maklumat perubatan boleh didapati secara mudah oleh Singapura hanya di hujung jari.

Setiap rakyat Malaysia rata-rata menggunakan MySejahtera, setiap pergerakan anda, maklumat peribadi disimpan oleh pihak syarikat yang membangunkan MySejahtera.

Siapakah dan syarikat mana yang membangunkan MySejahtera?

Dakwa portal itu, Syarikat Kpisoft yang berpengkalan dan milik 100% syarikat dari Singapura diberikan kontrak oleh pihak kerajaan, tanpa periksa latar belakang syarikat, kontrak diberikan begitu saja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania