Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Masihkah Liverpool ‘Main Tarik Tali’ Dengan Salah?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji atau bakal kehilangan bintang Mesir itu yang menjadi buruan Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid.

Ketika kontraknya berbaki hanya 18 bulan, Reds belum mencapai persetujuan mengenai masa depan pemain berusia 29 tahun itu yang dikatakan menuntut gaji 300,000 pound (RM1.7 juta) seminggu.

Salah yang akan tamat kontrak pada Jun 2023 menerima gaji 200,000 pound (RM1.13 juta), jumlah yang dianggap rendah untuk pemain bertaraf bintang sepertinya.

Wartawan bola sepak ter­kenal Itali yang dianggap ‘pakar’ perpindahan pemain, Fabrizio Romano mendakwa, PSG serius hendak mendapatkan Salah bagi menggantikan Kylian Mbappe yang mahu keluar.

Prestasi hebat pemain itu yang meledak sembilan gol dan tiga gerakan jaringan dalam sembilan penampilan musim ini membuktikan dia ‘aset’ besar.

“Saya boleh beritahu anda, daripada apa yang saya dibe­ritahu, PSG benar-benar mencari peluang untuk mendapatkannya (Salah) pada awal musim panas, mungkin Jun.

“Kalau mereka menjual ­Kylian Mbappe kepada Real Madrid, mereka bersedia menawarkan sesuatu yang amat besar,” kata Romano.

Dianggap pemain paling berpengaruh di Anfield ketika ini, kehilangan Salah yang meledak lebih 100 gol bersama Reds pasti menimbulkan kemarahan peminat.

Di media sosial, peminat mendesak pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG) meme­nuhi apa sahaja tuntutan Salah, malah ada yang menganggap dia berhak menerima 500,000 pound (RM2.83 juta) seminggu.

Sekalipun Reds menaikkan gaji Salah kepada 300,000 pound, ia masih rendah berbanding Cristiano Ronaldo yang menikmati 480,000 pound (RM2.72 juta) di Manchester United.

– AGENSI

PENERIMA GAJI MINGGUAN TERTINGGI LIGA PERDANA (PL)

1. Cristiano Ronaldo (Manchester United) 480,000 pound (RM2.72 juta)

2. Kevin de Bruyne (Manchester City) 385,000 pound (RM2.18 juta)

3. David de Gea (Manchester United) 375,000 pound (RM2.13 juta)

4. Jadon Sancho (Manchester United) 350,000 pound (RM1.98 juta)

5. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) 350,000 pound (RM1.98 juta)

6. Romelu Lukaku (Chelsea) 325,000 pound (RM1.84 juta)

7. Kai Havertz (Chelsea) 310,000 pound (RM1.76 juta)

8. Raheem Sterling (Manchester City) 300,000 pound (RM1.7 juta)

9. Paul Pogba (Manchester United) 290,000 (RM1.64 juta)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 17 Jan – Liverpool naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (PL) selepas jaringan Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino membolehkan...

Copyright © 2021 Media Rania