Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

“Kertas Pandora”: Tak Apalah, Saya Mungkin Takkan Jadi PM – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Anwar Ibrahim reda dengan kemungkinan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri, terutama selepas mengemukakan soalan berhubung “Kertas Pandora” yang mengaitkan beberapa pemimpin dahulu dan kini.

Ditanya radio ABC Australia sama ada beliau akan memegang jawatan itu suatu hari nanti, Ketua Pembangkang itu berkata, tindakannya membangkitkan isu Kertas Pandora pasti menyukarkan perkara itu, apabila ramai golongan berkuasa, termasuk elit politik dan konglomerat yang akan menentangnya.

“Saya tidak risaukan perkara itu. Saya cuma melakukan tugas saya, ‘que sera sera’ (apa yang hendak terjadi akan terjadi).

“Jika saya terus menjadi Ketua Pembangkang, baiklah. Jika (menjadi) Perdana Menteri, saya akan ucapkan syukur kepada Tuhan.”

Katanya, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengenai kebocoran maklumat itu petang semalam dan Naib Presiden Umno itu meminta pandangannya mengenai apakah yang boleh dilakukan berhubung isu itu.

“Saya kata beliau mesti melakukan siasatan penuh. Isu ini bukannya baharu. Pada 2012, saya telah membangkitkan mengenai laporan integriti kewangan global yang turut melibatkan ratusan bilion ringgit (luar pesisir). Kemudian pada 2015 pula ‘Kertas Panama’.”

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, disebabkan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengatakan isu itu baharu, sebaliknya perlu segera melakukan siasatan.

Katanya, aktiviti rasuah di Malaysia tidak menunjukkan keadaan lebih baik, malah memetik skandal kes SPRM baru-baru ini melibatkan barang kes bernilai jutaan ringgit yang menyaksikan penangkapan tiga pegawai badan antirasuah itu.

“Tiada sesiapapun akan percaya mengenai pendirian antirasuah sehingga anda bersedia mengambil langkah tegas untuk mengukuhkan SPRM.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniTokoh wartawan negara menyifatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2005 ditolak kerana ia diakui berkesan. Datuk A...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniBekas menteri agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui...

Copyright © 2021 Media Rania