Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Kapal WARISAN Bakal Tenggelam Lebih Pantas Dari Jangkaan

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 8 Okt – Keputusan Adun Sindumin, Dr Yusof Yaacob keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka akan mempecepatkan tenggelamnya kapal yang semakin karam malah semakin senget itu.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan terbuka Ketua Bahagian Bersatu Beaufort, Isnin Aliasnih yang mendedahkan lebih ramai lagi Adun parti Shafie Apdal itu dijangka akan melompat dalam masa terdekat, susulan perkembangan terkini krisis politik yang berlaku di Melaka kini.

“Sebenarnya ramai yang sudah berhubung dengan kita tapi mereka masih lagi ragu-ragu. Jadi saya menyeru kepada mereka, mari kita sama-sama kerajaan, jika ada empat tahun ini, kita bangunkan kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media Yusof di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Yusof hari ini menamatkan spekulasi dan khabar angin bahawa beliau bertindak keluar parti Warisan dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan GRS.

Selain itu, mengulas mengenai tindakan Yusof itu, Isnin berkata, ia merupakan tindakan tepat dalam usaha untuk bersama-sama dengan kerajaan membangunkan dan membantu kebajikan rakyat di Sabah.

Shafie kini jadi beban orang Sabah setelah Warisan kalah dalam PRU Sabah, tahun lalu. 

Isnin yang juga ADUN Klias berkata, sudah sampai masanya untuk wakil rakyat pembangkang membuang ego dalam politik demi kepentingan rakyat.

Shafie dianggap semakin gagal memulihkan sokongan parti itu di Sabah lantaran kegelojohannya mahu menjadi perdana menteri kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim gagal memperolehi majoriti mudah beberapa bulan lalu.

Malah, ‘kerjasama’ antara Parti Muda yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk melebarkan sayap Warisan ke Semenanjung juga dianggap ‘tong kosong’ walaupun pelbagai helah dan gula-gula cuba ditabur di seberang Laut China Selatan.

Kerjasama Shafie-Syed Saddiq mungkin tidak jadi kenyataan setelah Warisan semakin karam di lautan angan-angan!

Ahli parlimen Semporna itu masih tidak belajar dari kegagalannya tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah, September tahun lalu apabila enggan memberi ruang kepada PH terutamanya KEADILAN bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu.

Ternyata, setelah setahun berlalu, Warisan yang kini berisiko karam, semakin dipercepatkan pula dengan keputusan Yusof dan beberapa Adun lain yang dijangka akan mengikuti jejaknya dalam masa terdekat.

Kesombongan Shafie telah dihukum rakyat Sabah pada PRU negeri tahun lalu dan kini kapal yang dilayarinya berkemungkinan besar akan karam lebih cepat dari jangkaan awal iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Inilah masa paling sesuai buat PH menggantikan parti Shafie sebelum Sabah dikuasai sepenuhnya Umno-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kira-kira setahun dari sekarang.

DAP dan Amanah jangan lagi berfikir konsep ‘khemah besar’ kekal relevan dengan karamnya kapal Shafie bersama angan-angan Mat Jenin yang diciptanya sendiri.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniDilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, formula PAS untuk “menyokong penyandang” jika berlaku pertembungan antara kedua-dua...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniMinggu ini kita gembira dengan berita kebenaran merentas negeri. Ini bukan berkaitan dengan balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tetapi...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 10 Okt – Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain...

Copyright © 2021 Media Rania