Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Aminuddin Bersyukur Kadar Vaksinasi Negeri Sembilan Cecah 98.4 Peratus

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 8 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan, sehingga 6 Oktober 2021, liputan vaksin bagi populasi dewasa di negeri ini telah mencecah sehingga 98.4%.

Beliau menzahirkan rasa syukur dan bangga di atas pencapaian memberangsangkan semua petugas kesihatan hingga Negeri Sembilan mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Semenanjung beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 24 September lalu.

Berikutan pencapaian itu, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sembilan telah mula menutup beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam secara berperingkat.

Menurut Aminuddin, setakat 20 September 2021 lalu, sebanyak 11 PPV Awam telah ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Sendayan, Dewan Pusat Islam Rantau, Dewan Tuanku Canselor USIM, Dewan Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah, Dewan Biduanda UiTM Rembau, LPPKN Seremban 2, Dewan Orang Ramai Sikamat, Dewan Besar Gemas, Dewan Kompleks Sukan FELDA Palong 6, Dewan Perdana Tampin dan Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.

Treler pergigian yang dijadikan PPV Bergerak pertama di Kuala Pilah – Foto: Instagram Menteri Besar Negeri Sembilan

Manakala hanya sebuah PPV Awam telah diteruskan operasi di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi program vaksinasi remaja iaitu di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

“Mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada CITF Negeri, CITF Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Kementerian Belia dan Sukan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi serta semua sukarelawan kesihatan dan bukan kesihatan yang bertungkus-lumus merealisasikan sasaran liputan vaksin ke seluruh negeri,” katanya menerusi hantaran di Instagram rasmi beliau.

Tambah beliau, kadar liputan yang tinggi ini berjaya dicapai kerana pihak yang terbabit memberikan komitmen begitu tinggi dalam menyampaikan vaksin kepada masyarakat, termasuklah bekerja sewaktu hujung minggu dan melaksanakan pelbagai program 𝘰𝘶𝘵𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩 bagi individu yang sukar untuk hadir ke PPV.

Aminuddin meninjau PPV UCSI sambil bertanya khabar kepada para petugas dan sukarelawan yang bertugas – Foto: Instagram Menteri Besar Negeri Sembilan

Beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Aminuddin turut berdoa Insya-Allah semoga rakyat negeri ini terus dilindungi daripada pandemik COVID-19.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Foto: Instagram Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniHidup mesti ada haluan tujuan, dan ada pedoman Bukan hanya ikut sesuka hati, niat, tujuan dan perasaan Bukan berhujah, berucap berapi-api tetapi...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Copyright © 2021 Media Rania