Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Sweden Henti Sementara Moderna Untuk Belia

Kongsikan Artikel Ini

STOCKHOLM, 7 Okt – Sweden akan menghentikan sementara penggunaan vaksin Moderna COVID-19 bagi kumpulan belia, berikutan laporan kemungkinan timbul kesan sampingan yang jarang berlaku, seperti miokarditis, menurut agensi kesihatan Sweden.

Agensi kesihatan itu dalam kenyataannya mendakwa, terdapat data menunjukkan terdapat kenaikan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia yang lahir selepas 1991 dan sudah divaksin.

“Hubungannya sangat jelas bagi vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah dos kedua,” menurut kenyataan itu dan menjelaskan bahawa risiko yang terjejas sangat kecil.

Agensi kesihatan itu bagaimanapun mengesyorkan penggunaan vaksin Comirnaty Pfizer/Biontech, menurut agensi berita CNA.

“Seramai 81,000 Mereka yang dilahirkan pada 1991 dan selepas itu sudah menerima suntikan pertama vaksin Moderna, tidak akan mendapat dos kedua,” kata kenyataan itu.

Awal minggu ini agensi kesihatan Sweden menyatakan individu berusia 12 hingga 15 tahun hanya akan mendapat vaksin Pfizer/Biontech.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei lalu, sementara Spikevax diluluskan bagi kanak-kanak berusia lebih 12 tahun Julai lalu.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSOCHI, 22 Okt – Presiden Rusia berpandangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuat keputusan yang tepat dengan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Copyright © 2021 Media Rania