Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

#Politik69: ‘NO WAY’ Bekerjasama, Hinanya BERSATU Di Mata UMNO…..

Kongsikan Artikel Ini

Meskipun perlaksanaan ketetapan putus hubungan dan tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu sepatutnya hanya berkuatkuasa apabila PRU15 diadakan, tetapi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya mahu ia lebih awal dikuatkuasakan.

Berdepan PRN Melaka yang bakal diadakan tidak lama lagi, beliau berkata, no way untuk UMNO bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihanraya tersebut.

“Saya minta maaf, no way,” katanya dengan tegas.

Seterusnya, Zahid Hamidi mahu melihat UMNO melalui PRN Melaka dan tanpa bekerjasama dengan Bersatu, partinya masih mampu bangkit dan menjadi pilihan pengundi.

Penegasan Zahid Hamidi ini dengan sendirinya memberi jawapan terhadap kenyataan beberapa pemimpin Bersatu sebelum ini yang masih berharap ada kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka.

Dengan itu, tidak perlu lagi bagi Bersatu terus terhegeh-hegeh mengharapkan kerjasama dengan UMNO.

Bersatu sebaiknya melupakan terus UMNO dan mula mengumpul kekuatan sendiri bersama parti-parti dalam gabungan PN sama ada untuk mendepani PRN Melaka ataupun PRU15.

Lebih daripada itu, penegasan Zahid Hamidi dengan jawapan “no way” itu adalah suatu penghinaan terang-terangan kepada Bersatu.

Bersatu seolah-olah begitu hina di mata UMNO dan Zahid Hamidi sehingga diberi jawapan kasar “no way” untuk bekerjasama, sedangkan mereka masih bersama-sama dalam kerajaan yang sekarang ditunjangi oleh UMNO.

Dengan ini, masihkah lagi ada “way” untuk Bersatu terus bersama dalam kerajaan yang ada sekarang?

Tidak bimbangkah Bersatu dengan penghinaan lain yang bakal menyusul selepas ini daripada UMNO, maklumlah kerusi Perdana Menteri sudah ada dalam genggaman mereka?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniDilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, formula PAS untuk “menyokong penyandang” jika berlaku pertembungan antara kedua-dua...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniMinggu ini kita gembira dengan berita kebenaran merentas negeri. Ini bukan berkaitan dengan balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tetapi...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 10 Okt – Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain...

Copyright © 2021 Media Rania