Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Kementerian Kewangan Bentang Pindaan RUU KWAN

Kongsikan Artikel Ini

Parlimen 7hb Okt – Kementerian Kewangan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah bertujuan untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Pindaan rang undang-undang itu bagi memasukkan bahagian baru iaitu Seksyen 6(c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dari segi implikasi kewangan, RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Menurut Mohd Shahar, bacaan kali kedua untuk RUU tersebut akan dibuat pada sesi mesyuarat kali ini.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Copyright © 2021 Media Rania