Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Aminuddin Sampaikan Faedah Insurans Kepada Balu Kakitangan Hotel

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 7 Okt – Kebajikan dan kesejahteraan kakitangan amat dititikberatkan dalam sesebuah organisasi.

Atas dasar berkenaan, isteri kepada Allahyarham Chef Abd Razak Abd Ghani yang merupakan Chef Ekskutif di Klana Resort, Seremban, Cik Nur Balqis Abd Razak menerima cek faedah insurans daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Allahyarham menurut Aminuddin, meninggal dunia pada 6 Ogos 2020 dan meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata.

“Allahyarham Chef Abd Razak telah berkhidmat di Klana Resort, Seremban selama 27 tahun bermula sebagai Junior Sous Chef sebelum akhirnya diberi kepercayaan sebagai Chef Ekskutif pada tahun 2009.

“Mewakili pengurusan Klana Resort Seremban, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan ini.

“Didoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” ujar beliau di majlis penyerahan cek di Klana Resort Seremban dekat sini.

Aminuddin berkongsi hantaran tersebut di laman Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania