Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Segerakan Akta Anti-Lompat Parti – Menteri Besar Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 4 Okt – “Selagi akta antilompat parti tidak dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen, perkara ini akan terus berlaku dan berulang,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau mengulas kemelut yang berlaku membabitkan kerajaan Melaka, yang tumbang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, kerajaan perlu menyegerakan pelaksanaan akta berkenaan bagi mengelak perkara lompat parti terus berlaku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pampasan insurans kepada keluarga bekas Chef Klana Resort, Allahyarham Abdul Razak Abdul Rani di Klana Resort, di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek.

Kerajaan Melaka berusia 18 bulan tumbang selepas empat ADUN menarik sokongan kepada Ketua Menteri.

Empat ADUN terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, walaupun perkara itu adalah hak individu atau pemimpin berkenaan dan dibolehkan atas amalan demokrasi, ia adalah sesuatu yang tidak sihat.

“Saya difahamkan tindakan empat pemimpin terbabit adalah untuk kepentingan rakyat, saya harap ia benar-benar apa yang dikatakan,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, meminta agar rang undang-undang antilompat parti dibentangkan di Dewan Rakyat dengan secepat mungkin.

Beliau berkata, akta itu perlu diwujudkan dengan segera kerana amalan lompat parti bukan saja tidak adil kepada rakyat, tetapi juga terhadap parti politik yang berbelanja besar bagi perolehan data dan hal lain ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Okt – Kebajikan dan kesejahteraan kakitangan amat dititikberatkan dalam sesebuah organisasi. Atas dasar berkenaan, isteri kepada Allahyarham Chef Abd Razak...

Copyright © 2021 Media Rania