Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

KDN Zaman Muhyiddin Jadi Halangan?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Usaha melaksanakan pembaharuan dalam isu kewarganegaraan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terbantut disebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa itu, kata seorang aktivis hak asasi wanita.

Ivy Josiah membela menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat PH yang dikritik atas ketiadaan usaha untuk memastikan anak-anak wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan.

Beliau yang turut terlibat dalam kempen kerakyatan saksama pada 2019 berkata, kementerian berkenaan sangat menyokongnya, dan mereka mengadakan pertemuan dengan menteri ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya, Hannah Yeoh.

Katanya, kelihatan ada pola di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited terhadap kesaksamaan jantina, manakala KDN selalu menentang. Ini juga berlaku dalam kerajaan semasa yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob, katanya.

Ketika mengkritik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat PH pada Sabtu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya berkata, kementerian berkenaan sepatutnya berpeluang meminda undang-undang bagi menjamin tiada perbezaan layanan antara ibu dan bapa dalam pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara.

“Malangnya, itu tidak berlaku,” katanya.

“Itu tidak diselesaikan. Terus terang, tiada apa yang diselesaikan…dan isu ini bukannya baharu.”

Namun, kata Josiah, “kami tahu kementerian berkenaan berdepan cabaran dalam mendukung isu ini. Malangnya, Latheefa Koya tidak tahu usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.”

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa anak-anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara dengan pasangan asing berhak mendapat kerakyatan mengikut kuat kuasa undang-undang.

Rina Harun, yang kini mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik keputusan itu, namun KDN telah memfailkan rayuan terhadapnya.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago mengakui bahawa PH terlepas peluang untuk menyelesaikan isu itu tetapi tidak adil untuk menyalahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Santiago berkata, beliau dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) lain mengemukakan representasi kepada menteri dalam negeri ketika itu, memandangkan isu ini bawah bidang kuasanya,

“Itu kegagalan PH, tetapi pada ketika itu, pihak Bersatu tidak berminat dengan pembaharuan,” katanya.

Bersatu pimpinan Muhyiddin pada mulanya adalah sebahagian daripada kerajaan PH, namun kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno dan PAS.

Kata Santiago, PH kini harus menganggap pembaharuan sebagai perkara yang tidak boleh dirundingkan, dan membawanya kepada Perdana Menteri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania