Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Satu-Satunya Pasukan Kekal Rekod Tanpa Kalah

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 4 Okt – Liverpool dan Manchester City berkongsi mata dalam perlawanan mendebarkan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (PL) sebentar tadi.

City menguasai separuh masa pertama, namun gagal menembusi benteng ampuh Reds.

Memasuki babak kedua, perlawanan berlangsung lebih menarik dan seimbang sebelum gerakan cantik Mohamed Salah berjaya disudahkan oleh Sadio Mane pada minit ke-59 untuk gol pembukaan Reds.

Bagaimanapun, City tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan. Phil Foden berjaya melepasi halangan pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan tendangan menewaskan Alisson.

Salah sekali lagi mempamer aksi cemerlang di Anfield. Kali ini dia memperdaya enam pemain City sebelum melepaskan rembatan menewaskan Ederson yang terpinga-pinga dengan gol menakjubkan dari penyerang antarabangsa Mesir itu.

Ketika permainan berbaki sembilan minit untuk tamat, kesilapan Liverpool memberi ruang buat City melancarkan serangan akhirnya membolehkan Kevin de Bruyne merembat gol penyamaan.

Selepas tamat tujuh perlawanan, Chelsea mengungguli liga dengan 16 mata, satu mata mengatasi Liverpool. City di tempat ketiga dengan 15 mata.

Liverpool masih kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam saingan liga setakat ini.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 17 Jan – Liverpool naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (PL) selepas jaringan Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino membolehkan...

Copyright © 2021 Media Rania