Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Klopp Hormati Guardiola, Anggap Seperti Keluarga

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 3 Okt – Pertembungan pasukan di tangga kedua dan keenam Liga Perdana Inggeris (PL) antara Liverpool dan Manchester City, 11.30 malam ini, sudah pasti mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp berkata, beliau sememangnya cenderung untuk ‘kacau’ pengurus City, Pep Guardiola tapi menegaskan bahawa itu bukan dilakukan dengan sengaja.

Banyak pertengkaran berlaku membabitkan kedua-dua mereka yang dimainkan di media berbanding hal peribadi sepanjang lima tahun mereka menjadi musuh dalam saingan PL.

Klopp bertanggungjawab terhadap beberapa perkara namun menjelaskan bahawa dia menganggap bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu sebagai rakan seperjuangannya.

“Saya tidak pasti sama ada pernah memberitahu Pep bahawa saya menyukainya. Itu benar. Dari masa ke semasa saya mengganggunya dan perkara yang saya katakan pada sidang media tidak bertujuan untuk mengata yang buruk tentang dia atau Manchester City.

“Tapi kemudiannya seorang kakitangan City memberitahunya bahawa Klopp mengatakan itu dan ini. Saya dapat melihatnya pada sidang akhbar dan dia menjadi sangat marah. Maaf untuk itu.

“Saya sangat menghormatinya dan pernah mengatakan perkara itu sebelum ini. Saya rasa kami tahu banyak perkara tentang satu sama lain.

“Kami saling bertemu sesama sendiri dalam perlawanan bola sejak sejak dua tahun lalu. Saya rasa kami berdepan beberapa situasi di mana kami ke Manchester untuk anugerah dan ia seperti pertemuan keluarga,” kata Klopp.

Terdahulu, Klopp melaungkan amaran kepada pemain Liverpool untuk bersedia bertemu City yang akan tiba di Anfield dengan semangat membara selepas dikecewakan Paris Saint-Germain (PSG) Rabu lalu.

Skuad kendalian Guardiola itu tewas 2-0 di Paris dalam kempen Liga Juara-Juara menentang skuad bintang Mauricio Pochettino, tetapi Klopp menegaskan persembahan pasukan PL itu amat mengagumkan, maka mereka perlu bersedia.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 17 Jan – Liverpool naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (PL) selepas jaringan Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino membolehkan...

Copyright © 2021 Media Rania