Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

AMK Perlis Sokong Gesaan Anwar, Percepat Bina Hospital Dan Sekolah

Kongsikan Artikel Ini

KANGAR, 3 Okt – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis menggesa kerajaan mempertimbangkan pembinaan Hospital Padang Besar dan pembinaan lokasi baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping bagi menaiktaraf kehidupan rakyat di Padang Besar.

Ujar Ketua Penerangannya, Natthavuth Seng, pihaknya menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang merangkap Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai gesaan beliau agar pihak kerajaan “Menangguhkan Projek Mega, Utamakan Dahulu Kebajikan Rakyat”.

“Dengan situasi pengangguran yang semakin meningkat serta sistem pendidikan yang tidak menentu maka tiada sebarang faedah bagi projek-projek mega untuk diteruskan.

“Justeru, kerajaan wajib menumpukan kepada kebajikan rakyat kerana kehidupan rakyat masa kini semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat susulan kenaikan harga barang mentah, kadar kenaikan gaji yang terlalu rendah dan lain-lain lagi,” katanya menerusi kenyataan media lewat petang tadi.

– MEDIA RANIA

 

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI PERLIS

PEMBINAAN HOSPITAL PADANG BESAR SERTA SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING BAHARU WAJAR DIPERTIMBANGKAN SEGERA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE – 12 (RMK-12)

Angkatan Muda Keadilan Negeri Perlis (AMK Negeri Perlis) menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai gesaan beliau agar pihak kerajaan “Menangguhkan Projek Mega, Utamakan Dahulu Kebajikan Rakyat”.


Dengan situasi pengangguran yang semakin meningkat serta sistem pendidikan yang tidak menentu maka tiada sebarang faedah bagi projek-projek mega untuk diteruskan.

Justeru, kerajaan wajib menumpukan kepada kebajikan rakyat kerana kehidupan rakyat masa kini semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat susulan kenaikan harga barang mentah, kadar kenaikan gaji yang terlalu rendah dan lain-lain lagi.

AMK Negeri Perlis menggesa pihak kerajaan memberi perhatian khusus di negeri Perlis terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Projek pembinaan Hospital Padang Besar wajar dimasukkan dalam RMK-12 yang mana ia mampu meningkatkan kemudahan kesihatan di negeri ini. AMK Negeri Perlis percaya bahawa kerajaan sedar dan mengetahui Hospital Padang Besar telah dirancangkan dalam RMK-9 yang lalu tetapi sehingga kini hanya papan tanda sahaja yang telah siap dinaikkan.

Selain itu, isu penutupan SK Chuping baru-baru ini, pihak kerajaan sepatutnya sudah mempunyai cadangan lokasi baharu dan segerakan untuk membangunkan sekolah berkenaan. Langkah menempatkan murid-murid sekolah rendah bercampur dengan murid-murid sekolah menengah dikuatiri masalah sosial dan jurang umur terlalu jauh, ia akan menjadi satu faktor masalah sosial pada masa hadapan.

Disamping itu, dengan perkongsian ini juga memberi kesan kepada tenaga pengajar yang perlu berkongsi fasiliti yang kekurangan di SMK Mata Ayer.

Oleh yang demikian, AMK Negeri Perlis mendesak pihak kerajaan agar mengutamakan pembinaan Hospital Padang Besar serta pembinaan lokasi baharu SK Chuping dapat dimasukkan dalam RMK-12 yang kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Sekian.
NATTHAVUTH SENG
Ketua Penerangan AMK Negeri Perlis

3 Oktober 2021

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania