Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

‘Taktikal’ Solksjaer Terus Undang Padah Buat United

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 2 Okt – Manchester United terlepas peluang berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) dan memerlukan bantuan VAR pada penghujung saingan untuk mengelak satu lagi kekalahan di laman sendiri ketika Everton berjaya mengekang mereka 1-1 di Old Trafford sebentar tadi.

Gol kemenangan Yerry Mina pada lewat perlawanan buat Toffees dibatalkan kerana ofsaid selepas Andros Townsend menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Anthony Martial buat United.

Keputusan Ole Gunnar Solskjaer merehatkan Cristiano Ronaldo daripada barisan permulaan ternyata mengundang padah dan pastinya dipersoalkan ketika Red Devils kini hanya menang dua daripada enam perlawanan terakhir membabitkan semua saingan.

Satu mata sudah cukup memberikan kedua-dua pasukan setara dengan pendahulu liga, Liverpool yang akan berdepan juara bertahan, Manchester City esok.

Kehebatan Ronaldo pada masa tambahan berdepan Villarreal awal pagi Khamis lalu menyelamatkan United daripada perlu bekerja keras untuk mara ke kelompok kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Namun Solskjaer tidak menggunakan pemain berusia 36 tahun itu pada permulaan ketika dia memenuhi bangku simpanan bersama pemain bintang lain termasuk Jadon Sancho dan Paul Pogba.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania