Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Membezakan Politik Islam Dan Politik Sekular

Kongsikan Artikel Ini

Ada sorang kawan lebai ni tuduh saya mengamalkan politik sekular kerana katanya saya berpolitik tidak peduli soal dosa dan pahala.

Tuduhan ini dibuat kerana kritikan saya ke atas pemimpin parti politik berjenama agama. Dalam kotak pemahaman dia, parti berjenama agama wajib disokong. Kalau tak sampai wajib pun, bagi dia sokong parti berjenama agama sudah tentu dapat pahala.

Adapun melawan parti berjenama agama adalah satu dosa. Mendedahkan keburukan pemimpin berjenama agama adalah dosa.

Oleh kerana saya dikatakan sering menghentam pemimpin parti berjenama agama, maka mengikut pemahaman dia politik saya ini tidak kenal dosa pahala. Maka itu, dia kata saya adalah pengamal politik sekular.

Pemahaman seperti ini sebenarnya membentuk pemikiran sebahagian besar penyokong dan pendokong parti berjenama agama tersebut.

Itulah yang sentiasa diasak dalam pemikiran mereka dalam setiap program parti mereka. Itu jugalah yang diasak dalam ucapan-ucapan pemimpin mereka.

Bagi saya, pemahaman ini adalah fahaman songsang. Songsang dari sudut ajaran agama dan songsang dari sudut amalan berpolitik.

Dari sudut pandangan agama, semua orang Islam wajib meyakini perkara dosa dan pahala. Ia termasuk dalam perkara yang wajib diimani.

Pun begitu, persoalan dosa dan pahala adalah perkara ghaibiyyat, seperti juga dengan persoalan syurga dan neraka.

Hanya Allah SWT yang mengetahui secara tepat dan terperinci tentang semua perkara ghaibiyyat.

Manusia hanya mengetahui perkara ghaibiyyat terhad ke atas apa yang ada di dalam nas sahaja.

Manusia tidak berhak untuk membuat takwilan tentang perkara ghaibiyyat di luar dari apa yang dinaskan.

Maka itu, membuat takwilan dan andaian bahawa menyokong sesuatu parti politik adalah pahala atau dosa merupakan suatu fahaman yang bathil dan sonsang dari sudut ajaran agama.

Perkara ini tidak pernah dinaskan secara jelas dan membuat andaian dalam perkara ghaibiyyat adalah dilarang oleh agama.

Semua ahli politik beragama Islam, samada penyokong atau pemimpin boleh melakukan dosa atau pahala.

Ianya tergantung di atas amalan dan niatnya, dan bukannya ditentukan di atas parti politik apa. Pemimpin parti berjenama agama yang berbohong tetap berdosa.

Pemimpin parti apapun yang beragama Islam yang berbuat amal soleh tetap dapat pahala.

Kalau itu mahu dikatakan sekular, maka sekular itulah yang lebih hampir dengan ajaran agama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniDilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, formula PAS untuk “menyokong penyandang” jika berlaku pertembungan antara kedua-dua...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniMinggu ini kita gembira dengan berita kebenaran merentas negeri. Ini bukan berkaitan dengan balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tetapi...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 10 Okt – Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain...

Copyright © 2021 Media Rania