Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Pertembungan Liverpool-City Bakal Panas Ahad Ini

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 1 Okt – Liverpool dan Manchester City kembali bersaing untuk merebut tempat teratas Liga Perdana Inggeris (PL) hujung minggu ini sementara Chelsea dan Manchester United berhasrat untuk kembali memberikan cabaran dalam perebutan gelaran juara liga.

Di bawah kendalian Pep Guardiola dan Jurgen Klopp, City dan Liverpool menjadi pasukan paling dominan dalam bola sepak Inggeris, berkongsi empat gelaran Liga Perdana antara mereka.

City menang tiga daripadanya memberi amaran kepada pencabar lain bahawa mereka mampu untuk mempertahankan mahkota itu selepas menewaskan Chelsea 1-0 minggu lalu.

Namun Liverpool yang masih kekal dengan rekod tanpa kalah sepanjang enam perlawanan, kini satu mata di depan City, Chelsea dan United biarpun mereka terlepas dua mata ketika berdepan Brentford minggu lalu.

City menamatkan penantian sekian lama untuk menewaskan Liverpool dengan cara cukup bergaya apabila menang 4-1 pada Februari lalu namun mereka belum berjaya mencatatkan kemenangan di Anfield sejak 2003.

Keletihan akan menjadi halangan utama buat skuad Guardiola selepas menempuh minggu yang padat.

Tiga hari selepas menang di Stamford Bridge, juara England itu tewas 2-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di ibu kota Perancis.

Manakala Liverpool pula menang bergaya 5-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menewaskan Porto.

Bagaimanapun skuad Reds akan turun tanpa pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold kerana masih bergelut dengan masalah kecederaan pangkal paha.

“Jelas apabila anda ada kecederaan di bahagian otot, sukar untuk bermain pada Ahad,” kata Klopp. “Tiada kecederaan otot yang pulih secepat itu.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania