Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Ubahsuai RM38.5 Juta – Ada Tandas Automatik Dalam Sri Perdana?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Sep – Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dicadang untuk menyiasat dana bernilai RM38.5 juta untuk projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

Lim Lip Eng (DAP-Kepong) berkata, siasatan itu adalah bagi memastikan supaya tidak ada ketirisan yang berlaku sekaligus dapat memperincikan dana dan setiap penggunaannya.

“Saya mencadangkan supaya merujuk isu kos RM38.5 juta untuk naik taraf Kompleks Seri Perdana kepada PAC

“Saya minta siasat apa perlu dibuat ubah suai sekarang Kompleks Seri Perdana, adakah ada bumbung bocor, dinding retak, siapa kontraktor, adakah tander terbuka dijalankan, kenapa kos tinggi, apakah jenama lampu yang dibeli, adakah tandas automaik dipasang?” soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Lip Eng berkata demikian ketika mencelah sewaktu June Leow (PH-Hulu Selangor) membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkata projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana dengan kos RM38.5 juta diluluskan dan dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Katanya, projek itu diluluskan 19 Mac lalu dan mula dilaksanakan 10 hari kemudian.

Beliau berkata, projek itu perlu dilaksanakan berikutan usia Kompleks Seri Perdana kini mencecah 22 tahun dan mengalami banyak kerosakan.

Sebelum ini dilaporkan kerja mengubah suai dan menaik taraf sebanyak RM30 juta diperlukan untuk menjamin keselamatan serta menjaga imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi Perdana Menteri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania