Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Lewandowski Bantu Bayern Belasah Dynamo Kiev

Kongsikan Artikel Ini

MUNICH, 30 Sep – Robert Lewandowski meledak dua gol dua kali berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika Bayern Munich membelasah Dynamo Kiev 5-0.

Lewandowski menjaringkan gol Liga Juara-Juara ke-76 dan 77 dirinya untuk Bayern mendahului 2-0 di babak pertama sebelum Serge Gnabry, Leroy Sane dan Eric Maxim Choupo-Moting melengkapkan kemenangan di babak kedua.

Penyerang Poland itu turut meledak jumlah sama ketika kemenangan 3-0 di Barcelona dua minggu lalu, dan sudah menjaringkan 24 gol dalam 18 penampilan Liga Juara-Juara terakhirnya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai calon pemenang Ballon d’Or akhir November ini.

Bayern kini mendahului Kumpulan E, dua mata mengatasi lawan seterusnya Benfica yang menewaskan Barcelona 3-0 di Lisbon.

“Kami melakukannya dengan baik. Kami kekal tenang di belakang, menunjukkan penguasaan kami dan tajam dalam tindakan penyudah,” kata Sane, pemain 25 tahun yang menjaringkan gol cantik ketika cuba melakukan hantaran lintang dari sayap kiri.

Menurut Sane, teknik sepakannya tidak begitu hebat untuk menjaringkan gol sebegitu tetapi bernasib baik apabila bola menerjah gawang. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania