Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Anwar: Cari Cara Baru Agih Ekonomi Dengan Adil Dan Sama Rata

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Sep – Kerajaan harus mengambil pendekatan baru untuk mengagihkan ekonomi lebih adil dan sama rata dan bukannya terperangkap dalam kaedah lama isu pegangan ekuiti Bumiputera, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar kerajaan dalam isu pemilikan pegangan ekuiti Bumiputera pada masa ini mempunyai kelemahan kerana hanya menguntungkan mereka yang mempunyai pengaruh, katanya.

“Ada dua ketempangan iaitu pertama, beri kepada orang yang tidak ada kelayakan dan keupayaan semata-mata kerana ada pengaruh dan kedudukan dalam poltik, dan kedua, secara tidak sedar kita sudah menafikan hak orang lain,” katannya ketika membahaskan Pelan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Anwar mengimbau pengalamannya semasa jadi mahasiswa berdialog dengan Perdana Menteri kedua Abdul Razak Hussein.

“Beliau sebut kita akan buat apa saja untuk bantu Melayu dan Bumiputera, naikkan darjat mereka tapi kita tak halang atau rampas hak rakyat lain.

“Itu pelaksanaannya, kemudiannya yang jadi itu cerita lain,” tambah presiden PKR.

Anwar mengulas pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bebas) yang bertanya pandangannya mengenai keputusan kerajaan untuk membantu menaikkan pemilikan ekuiti Bumiputera dengan mengambil kuota daripada bukan Bumiputera.

Syed Saddiq turut mempersoalkan bagaimana dasar itu dapat membantu golongan susah seperti nelayan, petani dan penjaja.

Beliau mendakwa dasar itu juga hanya membantu dan menguntungkan kroni dan golongan elit, yang amalan itu diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang rakus membuat lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

Selain itu, Syed Saddiq turut mengkritik keadilan untuk golongan bukan Bumiputera kerana pengecualian dasar pro-Bumiputera diberikan kepada syarikat asing.

“Mana keadilannya, kerana kita lebih pentingkan warga asing dari rakyat Malaysia sendiri kerana sebab mereka tidak dilahirkan sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam,” kata ahli Parlimen itu.

Semalam Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata di Dewan Rakyat ketika membentangkan pelan RMK12 pemilikan ekuiti korporat masih belum mencapai sasaran minimum 30% di negara ini.

Sehingga 2019, saham Bumiputera hanya 17.2%, dengan bukan Bumiputera memiliki 25% sementara 45.5% dipegang oleh entiti asing dan 12.3% adalah “saham nominee”, kata perdana menteri.

Ismail Sabri berkata untuk itu jaringan keselamatan baru akan diperkenalkan di bawah RMK12 bagi memastikan kelangsungan pemilikan ekuiti Bumiputera.

Jelasnya ini adalah untuk membolehkan penjualan saham atau syarikat bumiputera hanya ditawarkan kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Copyright © 2021 Media Rania