Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jerman – Merkel Ucap Tahniah Kepada Scholtz

Kongsikan Artikel Ini

BERLIN, 29 Sep – Canselor Jerman, Angela Merkel, yang akan meninggalkan jawatan itu mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Olaf Scholz, daripada parti lawan, Social Democrats (SPD) atas kemenangannya dalam pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan kerajaan, ketika parti konservatif yang dianggotai Merkel masih dalam ketidaktentuan selepas pengundian itu.

SPD menang 25.7 peratus undi pada pilihan raya umum yang sengit Ahad lalu, manakala undi kepada blok CDU-CSU dianggotai Merkel merosot ke paras terendah iaitu 24.1 peratus.

“Canselor mengucapkan tahniah kepada Olaf Scholz atas kejayaannya dalam pilihan raya,” menurut kenyataan itu.

Calon konservatif pengganti Merkel, Armin Laschet, masih belum melakukan perkara sama secara umum.

Walaupun memimpin pakatan konservatif itu kepada keputusan terburuk dalam sejarah tujuh dekad, Laschet yang tidak popular berkeras untuk berusaha membentuk kerajaan gabungan Jerman seterusnya, dengan beliau sebagai Canselor.

Bagaimanapun, pemimpin konservatif utama semakin menjauhkan diri daripada beliau sejak kebelakangan ini, sekali gus meningkatkan keraguan mengenai masa depannya.

Perdana Menteri Bavaria, Markus Soeder, yang juga pemimpin CSU, secara terbuka mengucapkan tahniah kepada Scholz pada satu sidang media semalam, yang menggambarkan persengketaan semakin meningkat dengan Laschet.

“Olaf Scholz jelas mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjadi Canselor ketika ini,” katanya yang menegaskan keputusan pilihan raya mesti diterima dan ia adalah peraturan asas dalam demokrasi.

Merkel mengundur diri selepas 16 tahun menerajui kuasa ekonomi terkemuka Eropah itu.

Bagaimanapun, pemimpin veteran itu akan kekal memegang jawatannya sehingga kerajaan baharu dibentuk, yang dijangka mengambil masa beberapa minggu atau bulan.

Dengan SPD dan CDU-CSU kedua-duanya tidak berminat untuk bergandingan sekali lagi dalam apa yang dipanggil gabungan besar, satu-satunya cara untuk mencapai majoriti di Parlimen adalah bekerjasama dengan parti Green dan parti pro perniagaan, FDP.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania