Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Ancelotti Akur Kekalahan Real Madrid Disebabkan Taktikal

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 29 Sep – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menyifatkan kekalahan 1-2 kepada kelab Moldova, FC Sheriff Tiraspol bagi aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu pada Rabu, berpunca daripada kegagalan pemain menterjemahkan perancangan taktikal pasukan.

Selain itu menurut Ancelotti, Sheriff mempamerkan aksi yang baik di sepanjang perlawanan berkenaan selain turut memanfaatkan peluang-peluang yang dimiliki bagi menewaskan Los Blancos.

“Pada peringkat awal, semua perkara berjalan dengan baik, bagaimanapun selepas itu Sheriff dilihat mula menguasai perlawanan dan kami pula yang dilihat beraksi dengan buruk.

“Terlalu sukar kami jelaskan apa yang berlaku sebenarnya pada perlawanan itu kerana pemain kami kebanyakannya dilihat telah beraksi dengan baik, cuma kelihatan agak kurang menyengat di depan pintu gol lawan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan penyerang Sheriff, Jasurbek Yakhshiboev mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan sulung perlawanan pada minit ke-25.

Bagaimanapun penyerang, Real Madrid, Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65, sebelum Sebastien Thill menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-89.

Kemenangan itu menyaksikan Sheriff kini gah di puncak Kumpulan D dengan enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut daripada dua perlawanan manakala Real Madrid pada kedudukan kedua dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan tewas sekali setakat ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania