Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Warisan Perlu Henti Melenting Isu MoU, Fokus Jadi Pembangkang Efektif – Razeef

Kongsikan Artikel Ini

TUARAN, 27 SEPT. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa pemimpin Warisan untuk berhenti melenting berkenaan isu perjanjian persefahaman (MoU) antara pihak kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin berkata, Warisan sebaliknya patut fokus untuk menjadi pembangkang yang lebih efektif.

Beliau turut mendakwa Warisan sering berlagak jaguh dengan menyatakan mereka (Warisan) tidak ingin dilihat lemah jika turut menanda tangani MoU berkenaan.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Razeef menekankan bahawa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, cuma hadir dua (2) hari sahaja semasa Dewan Rakyat bersidang.

“Terdapat dalam hansard….Antara 13 hingga 23 September, iaitu 7 hari Dewan Rakyat bersidang, Darell cuma hadir pada 13&14 September…

“Malah di Dewan rakyat kita boleh lihat antara semua pemimpin Warisan hanya Shafie sahaja yang lantang bersuara walaupun ada kalanya fakta beliau ‘kelaut’.” katanya

Katanya lagi meskipun telah menanda tangani MoU tersebut, pemimpin Pakatan Harapan masih lantang bersuara di Dewan Rakyat.

“Ini jelas MoU tidak melemahkan dan menghalang Pakatan Harapan dari berfungsi sebagai pembangkang yang efektif….”

“MoU yang dipersetujui adalah sebagai jaminan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan beberapa janji dalam tempoh tertentu dan antaranya menunaikan semua perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”. katanya

Beliau berpendapat Warisan hanya gusar kerana mereka tidak menjadi juara dalam isu MA63.

“MA63 adalah hak Sabah dan Sarawak dan ia perlu disokong semua pihak semua pihak. MA63 bukan bahan kempen pihak tertentu dan sepatutnya Warisan menyokong usaha ini….”

“Sebagai pembangkang yang efektif, tugas kita adalah menjadi semak dan imbang serta menegur, mengkritik dan melawan ketirisan”

“Namun kita perlu menyokong usaha membawa Malaysia keluar dari krisis pandemik dan krisis ekonomi”, tambahnya lagi.

Razeef berkata berbeza dengan di persekutuan, Pakatan Harapan tumbang akibat dikhianati namun di Sabah jelas Warisan ditolak pengundi Sabah sendiri.

“Harus diingat Warisan telah ditolak rakyat Sabah pada Pilihanraya Negeri yang lalu  atas kegagalan mentadbir negeri”, katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania