Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

RM30 Juta Kos Ubahsuai Sri Perdana, Lebih Baik Manfaatkan Sektor Kesihatan Rakyat – Akmal Nasir

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 28 Sep Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir berkata pihaknya terkilan akan pendedahan projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Menurut beliau, pada Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan penjawat awam bakal menyumbang imbuhan dinikmati mereka selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana yang dianggarkan berjumlah RM30 juta.

Dimaklumkan ia sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam membantu kerajaan mendepani Covid-19 yang serius ketika ini.

“Dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, adalah tidak patut kerajaan membazirkan sehingga RM30 juta untuk menaik taraf kediaman Perdana Menteri hanya untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau lagi, peruntukan RM30 juta tersebut sepatutnya digunakan bagi memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

“Ini bukanlah masa sesuai untuk melakukan pembaziran demi kemewahan kediaman Perdana Menteri. Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman Perdana Menteri yang serba mewah.”

“Rakyat sedang berkorban termasuk memberi hasil titik peluh mereka untuk dimanfaatkan kerajaan dalam memerangi Covid-19. Membazir RM30 juta untuk kemewahan kediaman seolah mengkhianati pengorbanan rakyat.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSEBERANG JAYA, 28 Nov – Golongan belia di Pulau Pinang disaran lebih proaktif dalam melibatkan diri mereka bersama masyarakat setempat melalui aktiviti...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 27 Nov – Kepimpinan wanita yang banyak berorientasikan empati sering dilihat lemah oleh sesetengah pihak. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreMASJID TANAH, 19 Nov – Memasuki pusingan akhir pecutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, KEADILAN Cabang Wangsa Maju yang berkampung sejak 4...

Copyright © 2021 Media Rania