Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ponteng Parlimen: “Dulu Saya Dengar Ucapan Kit Siang Sampai Habis Walaupun ‘Sakit Telinga'” – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

PARLIMEN, 28 Sep – Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mempersoalkan kehadiran menteri dan timbalan menteri pada sesi perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau mendakwa, blok kerajaan terutama yang menempatkan menteri dan timbalan menteri didapati kosong dengan hanya lima daripadanya hadir.

“Selaku Ketua Pembangkang, saya rasa adalah penting dalam aspek transformasi Parlimen. Ini apabila Ketua Pembangkang berucap (dewan kosong). Mengambil kira populasi, negara kita mempunyai Kabinet yang paling besar di dunia dengan 69 menteri dan timbalan menteri.

“Apakah ada kemungkinan untuk kita tetapkan kehadiran mereka untuk mendengar bahas Ketua Pembangkang sebagai salah satu usaha transformasi Parlimen?

“Saya sedih, hanya ada lima menteri dan timbalan menteri yang hadir, mana yang lain?” katanya yang mencelah ketika Anwar sedang membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sehubungan itu, Kor Ming menggesa Ketua Whip dari blok kerajaan untuk mengambil langkah wajar bagi menangani perkara itu daripada terus berulang.

Sebagai reaksi kepada kenyataan itu, Anwar memberitahu, ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan, beliau tidak pernah ketinggalan untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang.

“Saya semasa Menteri Kewangan, setiap kali Ketua Pembangkang berucap saya akan hadir di depan dengar sampai habis walaupun ‘sakit telinga’ (hanya) Tuhan yang tahu.

“Waktu itu Ketua Pembangkang adalah Yang Berhormat Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri), ini etika Parlimen.

“Kita dengar ucapan Perdana Menteri walaupun kita tak bersetuju, kita tidak ganggu kerana dia agak sopan berbanding sebelum-sebelumnya,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Pun begitu, beliau berpendapat, kemungkinan menteri dan timbalan menteri mendengar dari bilik mereka di Dewan Rakyat yang mana berbeza daripada kehadiran fizikal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania