Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Tempatan

Ahli Parlimen Tangga Batu Sumbang Air Mineral Kepada PPV Mega Stadium Hang Jebat

Kongsikan Artikel Ini

PAYA RUMPUT, 25 Sep – Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Rusnah Binti Aluai menyampaikan sumbangan hampir 1,000 botol air mineral kepada pihak pengurusan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Hang Jebat, di sini, petang tadi.

Menurut Rusnah, beliau amat memberi perhatian terhadap keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh petugas-petugas barisan hadapan di beberapa PPV terutama yang berada dalam Parlimen Tangga Batu, termasuk PPV lain di seluruh negeri Melaka.

“Saya cuba yang termampu untuk membantu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) setiap kali saya mendengar ada PPV yang mengalami masalah dan ada keperluan mendesak. Sebelum ini saya ada menyumbangkan peralatan asas, air mineral dan alat tulis kepada beberapa PPV yang memerlukan. Saya buat yang termampu, insyaAllah,” ujar beliau ketika ditemui mengenai perkara ini petang tadi.


Tambah beliau, ini dapat meringankan tekanan dan menambahbaik suasana kerja para petugas-petugas barisan hadapan dalam perang menentang Covid-19.

Keprihatinan Rusnah mendapat pujian petugas di PPV berkenaan selain mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen berterusan daripada beliau sepanjang PPV tersebut beroperasi sehingga kini.

– MEDIA RANIA

Ikuti Rusnah Aluai di platform media sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/rusnah.aluai.pkr/

Twitter 🐥: www.twitter.com/RusnahAluaiP136

Instagram 📷: www.instagram.com/rusnahaluai/

TikTok 🎼: https://vt.tiktok.com/ZSJK5uy1e/

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Copyright © 2021 Media Rania