Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

‘Henti Sebar Berita Palsu’ – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 20 Sep – Berita palsu.

Susulan mesej tular di media sosial dua hari lalu, kerajaan negeri menafikan telah memberi kebenaran terhadap cadangan pembinaan sebuah kuil di atas tanah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di Taman Indah Tampin.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tanah seluas 1.4 ekar itu telah diberikan kepada JHEAINS sebagai tapak Masjid Taman Indah sejak tahun 2011 lagi.

Jelas beliau, walaubagaimanapun, tanah rizab tersebut belum dapat diusahakan lagi di atas beberapa kekangan dan pihak JHEAINS turut bercadang mewujudkan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Indah.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil di Taman Indah itu tidak membabitkan tanah rizab JHEAINS, dan bukan juga dibina di atas tanah rizab tersebut, sebaliknya di luar kawasan tanah berkenaan.

Hanya semasa pembinaan kuil dilakukan, kerja-kerja pembinaan itu termasuk di sebahagian daripada tanah rizab, lebih kurang 88 meter persegi, bukannya pengambilan keseluruhan tapak tanah tersebut.

“Jadi saya menasihatkan kepada individu yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan penyebaran berita palsu dan jangan jadikan perkara ini sebagai isu yang boleh memecah-belahkan perpaduan masyarakat,” ujarnya.

Aminuddin menjelaskan kekeliruan berkenaan kepada pemberita selepas menghadiri program Penyerahan Kad Takaful Skim TABAH (Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan) kepada penghantar makanan di kediaman rasmi Menteri Besar, dekat sini hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN negeri menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mempunyai maklumat yang tepat, kerana ia boleh mencetuskan kegentaran awam dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Aminuddin turut memaklumkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di negeri ini masih belum diputuskan.

Jelas Aminuddin, pihaknya akan mengumumkan perkara tersebut, sebaik sahaja mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz, dalam masa terdekat.

Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan buat masa ini dibenarkan beroperasi dengan kapasiti ditetapkan, terhad kepada 150 jemaah terawal, termasuk pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan.

Foto: Instagram Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania