Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

TERKINI – Jalan Penampang – Tambunan Terputus Sepenuhnya

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 19 Sep – Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan jalan utama menghubungkan daerah Penampang – Tambunan terputus akibat runtuhan di Kilometer 52.35, di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, kejadian runtuhan jalan berhampiran Air Terjun Masakob itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati jalan berkenaan terputus sepanjang 30 meter selepas mendap dipercayai akibat hujan lebat berterusan.

“Laluan berkenaan dipercayai runtuh sepenuhnya sehingga tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan dan kini dikategorikan sebagai merbahaya.

“Bagi pengguna jalan yang menghubungkan dua daerah ini boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau-Tambunan melalui Jalan Kimanis – Keningau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Farhan berkata, pihaknya juga sudah memasang sawar-sawar sebagai amaran kepada pengguna jalan supaya tidak melalui jalan berkenaan.

Katanya, setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan yang berlaku di lokasi kejadian.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya terima panggilan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Copyright © 2021 Media Rania