Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Tempatan

Perayaan Kuih Bulan Ala-Covid-19, Erti Sambutan Dizahirkan Melalui Kuih Bulan REFORMASI!

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 19 Sep – Avtar Singh, Hj Kamil dan Vijeyndran (masing-masing seorang Punjabi, Melayu dan India), merupakan pengundi Parlimen Wangsa Maju dan merupakan penerima Kuih Bulan Reformasi keluaran Parti KEADILAN Rakyat.

Walaupun mereka bukan berbangsa Cina, mereka turut bersama-sama menyantuni sambutan Pesta Kuih Bulan yang jatuh pada 21 Sepember tahun ini.

Kuih Bulan Reformasi, merupakan produk tahunan dari Parti KEADILAN Rakyat sebagai satu inisiatif ini untuk menyemarakkan semangat Muhibbah di kalangan masyarakat sempena perayaan ini.

KEADILAN Cabang Wangsa Maju mula membuat pengedaran 800 biji Kuih Bulan Reformasi seminggu sebelum perayaan kepada masyarakat majmuk setempat.

Menyantuni mereka ialah Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan Andre Lai, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju yang berkunjung ke kampung tradisi Cina, Kampung Lee Kong Chian semalam untuk mengedarkan kuih bulan kepada setiap rumah di dalam kampung berkenaan.

Kampung ini seperti kelazimannya menyambut Pesta Kuih Bulan secara besar-besaran setiap tahun.

Namun, rentetan daripada penularan pandemik yang melanda, memaksa jawatankuasa pengurusan kampung melarang sebarang sambutan diadakan di tempat awam.

Bagi terus memupuk semangat kemasyarakatan KEADILAN, Ketua Kampung Sungai Mulia Haji Kamil juga dijemput untuk meraikan bersama aktiviti pengagihan kuih bulan reformasi.

Kampung ini bersebelahan dengan Kampung Lee Kong Chian, merupakan antara kampung yang diklasifikasikan sebagai Kampung Warisan di Jalan Gombak.

Menurut Andre Lai, yang juga pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata, sambutan sebarang perayaan harus diteruskan mengikut norma baharu.

“Dalam era pandemik, sebarang perayaan boleh disambut dalam skala kecil demi kesinambungan budaya. KEADILAN menyambut kepelbagaian, tanpa mengira bangsa dan agama. Perayaan kebudayaan seperti Pesta Kuih Bulan, harus diraikan bersama,” ujarnya.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan kepada rakyat yang meraikannya serta berharap seisi keluarga dapat menyambut perayaan ini bersama-sama dalam suasana sederhana.

Kampung Lee Kong Chian merupakan penempatan asal komuniti masyarakat Cina yang paling awal di sepanjang Jalan Gombak. Hari ini, ia adalah antara beberapa kampung tradisi Cina yang masih lagi wujud di Kuala Lumpur.

KEADILAN juga berkunjung ke beberapa kawasan tumpuan masyarakat Cina seperti Desa Setapak dan Teratai Mewah.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada musim luruh di zaman purba China.

Menurut cerita dahulu kala, banyak versi asal-usul kuih bulan, tetapi yang paling popular adalah kisah penduduk di China pada abad ke 14 menggunakan mesej rahsia dalam kuih sebagai pengantaraan untuk melancarkan pemberontakan terhadap dinasti zalim.

Pembaharuan menjadi intitpati disebalik sejarah kuih bulan dan sinonim dengan perjuangan reformasi KEADILAN.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Copyright © 2021 Media Rania