Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

PANAS – Kerajaan Terengganu Kena Saman RM44 Juta!

Kongsikan Artikel Ini

BESUT, 19 Sep – Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd memfailkan saman RM44 juta terhadap kerajaan negeri Terengganu.

Saman tersebut difailkan dipercayai kerana syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri gagal meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, writ saman itu bagi menggesa kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek yang dicadangkan, atau membayar ganti rugi sekiranya projek tersebut dibatalkan.

“Suatu writ saman telah difailkan oleh syarikat Ruas Bina Sdn Bhd ke atas Kerajaan negeri Terengganu di atas kegagalan untuk meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu melalui dua surat niat yang bertarikh 18 Ogos 2019,” katanya.

Beliau berkata, setelah hampir dua tahun, tiada sebarang rundingan dari pihak kerajaan negeri Terengganu atau wakilnya berhubung perlaksanaan projek tersebut.

Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah syarikat yang menerima hak daripada dua syarikat Korea, Yeonhee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co, selaku kontraktor bagi projek berkenaan.

Raja Kamarul berkata dua syarikat dari Korea itu antara 17 kontraktor yang tersenarai di dalam suatu perintah persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bertarikh 1 Disember 2016.

“Di dalam perintah tersebut, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengeluarkan surat-surat niat kepada 17 kontraktor yang disenaraikan.

“Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang dipilih oleh syarikat-syarikat Korea tersebut bagi mematuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu (syarikat yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia),” kata kenyataan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Copyright © 2021 Media Rania