Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Negeri Sembilan Berpeluang Cerah Beralih Ke Fasa 4 PPN – Menteri Besar

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 19 Sep – Keupayaan Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan pelbagai program vaksinasi serta melindungi kelompok berisiko bagi mempercepatkan proses peralihan pemulihan negeri, amat disokong seluruh rakyat.

Berdasarkan beberapa petunjuk berkaitan penggunaan fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan ketika ini, negeri ini dilihat mampu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau menjelaskan antara petunjuk utama adalah tahap penggunaan alat bantuan pernafasan dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negeri ini.

Selain itu, penggunaan pusat kuarantin di negeri ini yang berada di bawah 50 peratus, manakala penggunaan katil hospital pula mencatatkan kadar di bawah 65 peratus.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun – Foto: Negeri Kita

“Menurut portal COVID-19 Kementerian Kesihatan (covidnow.gov.my), Negeri Sembilan juga mencatatkan 2.6 kes per 1,000 orang wabak itu iaitu merupakan kadar kedua terendah di Malaysia dan menunjukkan peluang cerah untuk beralih ke Fasa Empat PPN,” katanya.

Pada 17 Sept lepas Aminuddin dilaporkan berkata Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa Empat PPN dalam tempoh seminggu lagi susulan negeri itu mencapai tahap imuniti kelompok dengan lebih 90 peratus individu melengkapkan dos kedua, namun ia perlu mengambil kira bilangan kes positif COVID-19 harian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, 93.1 peratus atau 757,897 penduduk di negeri ini telah lengkap divaksin manakala 101.1 peratus (823,163) menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya Negeri Sembilan dapat beralih ke Fasa Empat PPN dengan cepat, sekali gus dapat merancakkan semula ekonomi penduduk dan negeri ini.

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania