Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

TERKINI – Liverpool Rampas Kedudukan Pendahulu, Man City Tercicir

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 18 Sep – Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi.

Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-43, sebelum Mohamed Salah meledak gol kedua The Reds ketika permainan berbaki 12 minit.

Pemain tengah, Naby Keita mengesahkan kemenangan bergaya gergasi Eropah itu apabila meledak gol ketiga pada minit ke-90, sekali gus membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp bertakhta di puncak liga selepas mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.

Klopp terpaksa merombak benteng pertahanan apabila Trent Alexander-Arnold tidak dapat diturunkan dan menggantikan pemain muda sebagai pendedahan awal selepas menang ke atas AC Milan 3-2 Rabu lalu.

Nasib berbeza menimpa juara bertahan, Manchester City setelah hampa sekadar terikat tanpa jaringan dengan Southampton di Stadium Etihad.

Keputusan itu bagaimanapun meletakkan City di kedudukan kedua dengan mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Sementara itu, di Stadium Turf Moor, Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut dengan menewaskan tuan rumah, Burnley 1-0.

Jaringan tunggal Martin Odegaard pada minit ke-30 sudah cukup untuk Arsenal membawa pulang tiga mata dan naik ke tangga ke-12 liga dengan mengumpul enam mata keseluruhan.

– AGENSI

Berikut merupakan rangkuman keputusan aksi sebentar tadi.

Burnley 0
Arsenal 1 (Odegaard 30)

Liverpool 3 (Mane 43, Salah 78, Keita 89)
Crystal Palace 0

Manchester City 0
Southampton 0

Norwich 1 (Pukki 35)
Watford 3 (Dennis 17, Sarr 63, 80)

Wolves 0
Brentford 2 (Toney 28-pen, Mbeumo 34)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania