Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

PM Singapura Terima Suntikan Ketiga Vaksin Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital Umum Singapura.

“Kes meningkat dengan cepat. Suntikan penggalak akan menguatkan lagi perlindungan anda terhadap Covid-19,” tulis Lee di Facebooknya.

Lee yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada 8 Jan lalu, turut memuat naik video beliau menerima suntikan itu.

Beliau berkata Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 telah mengesyorkan dos tambahan untuk mereka berusia 60 tahun ke atas, penghuni rumah orang-orang tua, dan individu yang mengalami masalah terimunokompromi (sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit).

“Warga emas yang lengkap dua dos vaksinasi sekurang-kurangnya enam bulan lalu akan menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan pautan diberikan secara personal untuk membuat janji temu.

“Jika anda ditawarkan dos penggalak, silalah ambil. Ini akan mengurangkan peluang anda alami sakit yang serius, atau memerlukan rawatan ICU (unit rawatan rapi),” tulisnya.

Setakat 16 September, Singapura melaporkan sejumlah 910 kes baharu Covid-19 dengan 803 jangkitan dalam komuniti, 103 di asrama pekerja migran dan empat kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Singapura, 837 kes kini ditempatkan di hospital, 77 kes memerlukan bantuan oksigen dan 12 lagi dirawat di ICU.

Seramai 82% penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 manakala 84% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, setakat 15 September.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania