Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

PL – Jangan Bazir Peluang Kutip Mata Jika Mahu Kejar Gelaran Liga – Klopp

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 18 Sep – Jurgen Klopp memberi amaran buat anak-anak buahnya bahawa Liverpool tidak boleh mempersia-siaka peluang untuk meraih mata jika ingin bersaing merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (PL) musim ini.

The Reds ketika ini tidak tewas dalam 14 perlawanan, kali terakhir tewas pada bulan Mac lalu di laman sendiri kepada Fulham.

Rekod pertemuan Liverpool bertemu Crystal Palace amat baik apabila menang lapan perlawanan, menjaringkan 24 gol dan hanya bolos lima.

Bagaimanapun, Klopp menegaskan skuad kendaliannya tidak boleh melepaskan peluang untuk meraih tiga mata jika mahu terus membentuk permulaan baik dalam usaha mengejar gelaran.

“Saya tidak meneliti situasi pasukan lawan, tetapi ini adalah permulaan yang baik buat kami,” kata Klopp.

“Kami telah bermain baik tetapi jika anda mahu kekal di puncak anda tidak boleh membazirkan mata. Itu sahaja caranya, kami perlu meneruskan momentum ini.”

Selepas merekodkan kemenangan 3-2 ke atas AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada pertengahan minggu, mereka bakal bertemu Palace di Anfield malam ini.

Mohamed Salah dijangka terus menjadi mesin gol bersama Diogo Jota atau Roberto Firmino bagi terus mengekalkan momentum positif di samping mengelak kecederaan serius.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania