Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

PL – Giliran West Ham Pula Cuba Malukan United

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 18 Sep – Adakah Hammers mampu kejutkan ‘kelab dua pengurus’ seperti mana yang dilakukan Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rabu lalu?

Sebenarnya kemenangan 4-1 ke atas Newcastle minggu lalu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (PL), belum cukup menggembirakan penyokong Manchester United. walaupun menyaksikan penampilan kedua Cristiano Ronaldo selepas 12 tahun berkelana, malah dia turut meledak dua gol.

Old Trafford buat sementara bagaikan histeria ketika perlawanan itu. Dan kegembiraan berkenaan turut dikongsi jutaan lagi penyokong Red Devils di segenap pelusuk dunia pada hari itu.

Namun selang empat hari selepas itu, suasana berkenaan pantas bertukar kepada sebaliknya.

Juara liga Switzerland, Young Boys mengejutkan skuad United dari mimpi indah di Bern dalam saingan Liga Juara-Juara. Mereka mengajar anak buah Ole Gunnar Solskjaer agar jangan cepat lupa diri apabila mengaibkan kelab bermasalah itu, 2-1.

Kekalahan itu jelas bukan saja meninggalkan impak besar kepada United terutama Solskjaer, malah penyokong mereka di mana juga berada yang sehingga semalam, teruk menjadi mangsa `troll’ penyokong pasukan lawan.

Malam esok, United akan kembali ke pentas PL dengan berkunjung ke Stadium London bertemu West Ham dengan harapan untuk bangkit. Rekod lalu menunjukkan United memenangi dua aksi terakhir menentang skuad The Hammers.

Red Devils tentunya berharap pencapaian musim lalu itu berulang lagi bagi memastikan persada liga kekal milik mereka selepas lima aksi. Mampukah pencabar kelas B ini menjulang semula maruahnya yang tercalar ketika lawannya itu masing-masing menang dan tewas dua aksi lalu?

Juara bertahan Manchester City yang berpesta gol ke 6-3 atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara, dijangka tiada masalah menewaskan Southampton di laman sendiri malam ini.

Sementara juara liga 2019/20, Liverpool yang membenam kemunculan semula AC Milan di Anfiled, 3-2 harus juga mengutip mata penuh apabila menyambut kunjungan Palace malam ini.

Dalam pada itu, aksi tumpuan minggu ini adalah membabitkan pertembungan antara dua pasukan berjiran di London – Tottenham dan Chelsea. Minggu lalu, Spurs dimalukan Crystal Palace 0-3 manakala The Blues mudah menjinakkan Aston Villa, 3-0.

Dengan Chelsea membara selepas menewaskan Zenit St Petersburg 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara, mereka dijangka mampu menundukkan Spurs sekali lagi, yang terikat 2-2 menentang Rennes dalam saingan Liga Konferens Europa, kelmarin.

Selamat menonton.

Ramalan minggu ini:

Newcastle 2-2 Leeds

Wolves 1-0 Brentford

Norwich 1-2 Watford

Burnley 0-1 Arsenal

Man City 3-0 Southampton

Liverpool 3-0 C Palace

Aston Villa 1-3 Everton

Brighton 0-2 Leicester

West Ham 1-4 Man United

Tottenham 0-2 Chelsea

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania