Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Mengapa Dos Penggalak Hanya Diberi Kepada 65 Tahun?

FILE PHOTO: Vials with Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sputnik V, and Moderna coronavirus disease (COVID-19) vaccine labels are seen in this illustration picture taken March 19, 2021. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia 65 tahun ke atas serta mereka yang berisiko tinggi mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk.

Bagaimanapun panel terbabit menolak cadangan awal dikemukakan Pfizer yang disokong pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bagi memberikan suntikan dos penggalak kepada mereka yang berusia 16 tahun ke atas.

Keputusan terbabit dicapai selepas selesai mesyuarat yang membincangkan data dikemukakan Pentadbiran Makanan dan Ubatan-ubatan (FDA) AS.

Berdasarkan keputusan panel terbabit, puluhan juta penduduk AS layak untuk menerima dos ketiga tidak lama lagi.

Dekan Pusat Pengajian Perubatan Chicago, Archana Chatterjee berkata, keputusan itu menunjukkan mereka tidak dipengaruhi data dan maklumat daripada FDA semata-mata dalam membuat keputusan.

“Saya fikir keputusan ini menunjukkan kepada masyarakat yang kami bebas daripada FDA. Kami membentangkan dapatan kami dalam perbincangan itu,” katanya.

Panel terbabit yang dianggotai pakar vaksin, penyelidik penyakit berjangkit dan ahli epidemiologi menyimpulkan keseimbangan di antara risiko dan kebaikan berbeza suntikan penggalak kepada golongan muda terutama lelaki yang berisiko mengalami miokarditis.

Percubaan klinikal dos penggalak diberikan kepada lebih 300 individu tetapi panel terbabit berpendapat jumlah individu itu terlalu sedikit untuk membuat kesimpulan mengenai tahap keselamatan dos berkenaan.

Seramai 16 ahli panel itu menentang pemberian dos ketiga sementara dua lagi menyokong cadangan itu.

Mereka kemudian mengusulkan cadangan baharu dan bersetuju suntikan dos penggalak untuk individu berusia lebih 65 tahun serta golongan terdedah persekitaran pekerjaan berisiko tinggi.

Susulan itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan bermesyuarat pada 22 dan 23 September ini bagi membincangkan lebih lanjut siapa yang layak menerima suntikan dos penggalak terbabit.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania