Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Kutipan Sampah Melonjak ‘Imej Baharu’ Terengganu

KUALA TERENGGANU 24 MEI 2019. Tinjauan di awal pagi timbunan sampah sarat yang ditinggalkan pengunjung sewaktu berbuka puasa Dataran Persisir Payang berdekatan dengan Dataran Shahbandar yang membelakangkan jambatan angkat (Drawbridge) salah satu mercu tanda baharu negeri Terengganu.Seharusnya pengunjung menjaga kebersihan kawasan ini bagi menarik pelancong datang mengambil gambar jambatan angkat yang pertama di Asean.NSTP/IMRAN MAKHZAN.
Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh hanya sehari.

Mendedahkan perkara buruk berkenaan, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rozali Salleh berkata, jumlah kutipan tertinggi direkodkan di Pantai Batu Buruk di sini susulan pertambahan pengunjung.

Katanya, peningkatan itu turut dipengaruhi aktiviti penjaja yang semakin rancak di tepi-tepi pantai.

“Beberapa lokasi seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Batu Buruk lama, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Lagun Kuala Ibai sememangnya menjadi tumpuan ramai sejak Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) lagi hingga Fasa Tiga kini.

“Sampah yang meningkat ini susulan aktiviti riadah dan santai oleh pengunjung warga Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Sikap pengotor sebahagian rakyat Malaysia yang membuang sampah hingga mencemarkan pantai, tasik dan air terjun di seluruh negara selepas kebenaran beriadah diberikan.

Kawasan riadah yang kembali bersih ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini mula dicemari sampah-sarap terutama sisa makanan, lampin pakai buang bayi dan puntung rokok.

Keadaan menjijikkan itu boleh dilihat di semua pusat pelancongan dan rekreasi di seluruh negara yang dibuka semula sejak minggu lepas.

Rozali berkata, beberapa pekerja telah ditempatkan secara rutin untuk menjalankan kerja-kerja kutipan sampah di tong-tong yang disediakan di samping membersihkan sampah yang berterbangan dan yang ditinggalkan oleh pengunjung di tempat-tempat tidak sepatutnya.

Malah, katanya, kerja-kerja pembersihan pantai turut dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Geng Plastik Hijau yang bersama-sama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk memastikan persekitaran pantai sentiasa bersih daripada sampah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania