Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

[VIDEO] – Kemajuan Tidak Harus Terpisah Dari Penekanan Soal Keadilan – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 17 Sep – Kemajuan pembangunan kesejagatan tidak seharusnya terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menjelaskan, keadilan tidak hanya tentang membanteras rasuah tetapi perlu lebih kepada perkara asas iaitu menjamin kesejahteraan rakyat.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, kegagalan dalam menjamin kesejahteraan rakyat adalah disebabkan kerangka besar pemikiran sebahagian besar pemimpin masih bebas dari terlalu mengikut trend.

“Ketempangan kita kerana kerangka besar pemikiran kita masih belum bebas sehingga pimpinan dan elit kita mudah diheret oleh pemikiran yang disebut trending.

“Tidak salah ikut trend tetapi kita sebagai umat perlu kekal dengan landasan bahawa kemajuan pembangunan kesejagatan atau globalisiasi tidak terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan.

“Soal keadilan ini bukan sahaja tertegaknya hukum membanteras rasuah tetapi lebih fundamental menjamin kesejahteraan terbanyak,” katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul Masa Depan Asia Tenggara anjuran Keluarga Alummni Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAKAMMI)

Anwar juga menjelaskan cabaran besar yang dihadapi negara-negara di Asia Tenggara adalah pengisian makna merdeka dan kebebasan.

“Sebaik ada krisis seperti COVID-19 ini terus ada krisis yang memaparkan masalah yang lebih besar yang lebih mencabar di Asia Tenggara.

“Masalah yang dihadapi ialah pengisian memaknai kemerdekaan dan kebebasan ialah bagaimana kita menjadikan keadilan sosial, kebebasan, etika itu landasan dalam kehidupan kita.

“Kalau kita lihat angka-angka kematian di Malaysia, Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, sebahagian besarnya terhadap rakyat biasa bukan elit atau konglomerat,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan, negara-negara di Asia Tenggara perlu menjadikan keadilan sosial, isu kebebaskan dan etika menjadi sebahagian pegangan dalam hidup.

VIDEO PENUH SIARAN LANGSUNG DI BAWAH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania