Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

“Tunggu Perkembangan Seminggu Lagi” – Menteri Besar Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

PORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam tempoh berkenaan.

Negeri berstatus Fasa 3 itu kini dijangka akan beralih kepada Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh terdekat bergantung kepada perkembangan semasa.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang bagaimanapun berkata, sekiranya melihat kes jangkitan yang berlaku ketika ini, Negeri Sembilan sudah layak untuk beralih ke fasa tersebut.

“Semua tunggulah dalam seminggu ini, insya-Allah kalau tidak ada apa-apa yang mengejutkan atau tiada kes yang terlalu tinggi. Jika bilangan masih 170 hingga 200 kes Covid-19 peralihan ini akan dapat dicapai.

“Jika mengikut kiraan, memang sudah layak cuma kita diminta memantau selama seminggu dan seterusnya beralih ke Fasa 4. Bagaimanapun, ia bergantung trend kepada penurunan kes,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) 2021 di sini hari ini.

Pada program ini tersebut seramai 58 orang pemenang ditentukan dengan masing-masing menerima hadiah antaranya sebuah kereta Perodua Axia, motosikal Yamaha Y15, telefon bimbit iPhone 12 dan komputer riba.

Sementara itu, menurut Aminuddin, kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong apabila sempadan negeri dibuka kelak.

“Apabila dibenarkan rentas negeri, saya rasa tiada masalah kerana di negeri ini 80 peratus rakyat sudah mendapat dua dos dan pekerja hotel di Port Dickson juga 100 peratus telah lengkap menerima vaksin.

“Sekiranya rentas negeri dibenarkan sahaja nanti, kami bersedia menerima kedatangan kehadiran pelancong dan mereka boleh melawat ke pantai peranginan di daerah ini,” katanya.

Negeri Sembilan hari ini merekodkan jangkitan Covid-19 sejumlah 198 kes, antara yang terendah dalam tempoh 14 hari sejak awal bulan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Copyright © 2021 Media Rania