Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Segera Bertindak Atasi Masalah Fasiliti Kesihatan Di Sabah, Sarawak – Dr Michael Teo

Kongsikan Artikel Ini

MIRI, 17 Sep – Kerajaan digesa membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak, kata Ahli Parlimen KEADILAN Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.

Katanya, kebanyakan projek persekutuan yang dianggap ‘sakit’ di Sabah dan Sarawak membabitkan pembinaan hospital dan klinik kesihatan yang gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan digesa membuat penilaian segera terhadap masalah ini dan juga berusaha untuk menambah baik fasiliti kesihatan di Sarawak dan Sabah, terutama memastikan pembinaan hospital baharu dan klinik kesihatan segera disiapkan,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat beliau dekat sini.

Antara projek hospital baharu yang belum disiapkan sepenuhnya di Sarawak ialah Hospital Petra Jaya, Hospital Sri Aman, Hospital Lawas termasuk Hospital Miri.

Beliau berkata, kedua-dua negeri ini memerlukan tambahan hospital dan klinik kesihatan memandangkan pertambahan penduduk serta banyak hospital dan klinik kesihatan yang ada tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang bertambah.


Menyentuh isu kekurangan pegawai dan pakar perubatan, Dr Michael Teo yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, walaupun kerajaan sudah melantik pegawai perubatan secara kontrak bagi mengatasi masalah berkenaan, faktor utama penyebab masalah kekurangan pakar perubatan bagi Sabah dan Sarawak ialah kerana mereka berhijrah ke luar negara dan masih tidak dapat diatasi.

Katanya, berdasarkan nisbah penduduk contohnya, di Sarawak sahaja, negeri ini memerlukan seramai 1,800 pakar perubatan dalam pelbagai bidang di hospital kerajaan tetapi ketika ini hanya 532 orang sahaja yang ditempatkan di negeri itu.

“Sekiranya ada cadangan untuk membawa masuk pakar secara kontrak dari luar negara, mereka harus mendalami budaya tempatan dan memahami kehendak rakyat yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Copyright © 2021 Media Rania