Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Sultan Perak Jalankan Tugas Agong Bermula Hari Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 17 Sep – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam lawatan khas ke United Kingdom (UK) selama 10 hari mulai hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia selaras dengan Perkara 33(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Fadil menambah, seusai lawatan khas Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda berdua berkenan beristirehat di London bermula 27 September dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Oktober.

“Sekembali ke tanah air kemudian, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” demikian menurut kenyataan tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata sepanjang lawatan khas hingga 27 September itu, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat melawat Projek Battersea Power Station di London, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square serta Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.

Atur cara lawatan khas tersebut turut diisi dengan pertemuan antara Seri Paduka Baginda berdua bersama komuniti rakyat Malaysia di London.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, katanya.

Seri Paduka Baginda pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.

“Seri Paduka Baginda turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Sir General Nicholas Carter, Ketua Staf Pertahanan UK, yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan UK.

“Sir General Nicholas Carter juga pernah menuntut di Royal Military Academy Sandhurst,” kata Ahmad Fadil.

Jelas beliau, lawatan khas tersebut merupakan kali kedua bagi Seri Paduka Baginda ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Lawatan khas yang pertama, katanya, telah diadakan pada bulan Disember 2019 selama tujuh hari bermula 9 Disember.

“Dari segi hubungan dua hala, UK merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia pada tahun 2020 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM16.59 bilion (GBP3.08 bilion), peningkatan sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2019.

“Nilai eksport Malaysia ke UK pada tahun lalu juga telah direkodkan sebanyak RM9.91 billion (GBP1.84 billion), manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM6.68 billion (GBP1.24 billion),” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania