Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

RUU Anti Lompat Parti Perlu Diluluskan Segera

Kongsikan Artikel Ini

KUALA KEDAH, 17 Sep  – Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti seharusnya segera dibentang, dibahas dan diluluskan tanpa perlu menanti masa yang begitu panjang, dan sebaik-baiknya di diluluskan sebelum menjelangnya pilihan raya umum (PRU) ke- 15 yang akan datang.

Dengan penggubalan Enakmen RUU tersebut, ia mampu menyekat amalan tidak sihat dikalangan wakil rakyat yang korup khususnya mencari kepentingan diri dengan sanggup dirasuah atau dibeli oleh mana-mana pihak sehingga mandat yang diberi rakyat dan pengundi dikhianati.

Menurut Adun Kubang Rotan, Kedah, Asmirul Anuar Aris, sejarah telah membuktikan ekoran tindakan khianat segelintir wakil rakyat semasa pentadbiran PH yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang lalu, kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

“Jelas terbukti kegelojohan sesetengah wakil rakyat mencari kepentingan peribadi sehingga sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dalam PRU ke-14 yang lalu dengan melompat parti menghuru-harakan pentadbiran negara melalui ‘Langkah Sheraton’.

“Akhirnya kepimpinan negara tidak berada pada paksi demokrasi yang sahih dan berulangnya pengkhianatan demi pengkhianatan mandat rakyat sehinggalah munculnya kerajaan PN yang dilabelkan sebagai kerajaan gagal pula.

“Sebaik-baiknya apa yang dipertontonkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang melalui kejayaan mereka menggubal undang-undang anti lompat parti diteladani oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kini,” ujar beliau ketika dihubungi.

Asmirul yang juga merupakan Setiausaha AMANAH Negeri Kedah turut berkata, Pulau Pinang telah berjaya menyekat wakil rakyat melompat parti setelah RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan disokong oleh 27 daripada 31 adun yang mana 4 dari Umno tidak mengundi pada hari tersebut.

Tambah beliau, sekiranya Pulau Pinang boleh merealisasikan enakmen tersebut, maka adalah mustahil bagi wakil rakyat di Parlimen menolak RUU yang mencegah berlakunya pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada setiap Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania