Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Rodziah Sumbang Minyak Petrol Percuma Sempena Hari Malaysia Ke-58

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail tampil menghulurkan bantuan semalam.


Menurut Rodziah, inisiatif pemberian minyak petrol percuma kepada 200 pemilik motosikal yang rata-rata penghantar barangan (rider) bertujuan meringankan beban masyarakat yang berdepan ketidak tentuan harga minyak dunia termasuk rakyat yang terjejas akibat pandemik hampir dua tahun.

“Semoga inisiatif ini meringankan beban rakyat yang terkesan susulan pandemik selain menjimatkan perbelanjaan harian mereka,” ujar beliau semasa program tersebut yang diadakan di Stesen Minyak Petron di Lebuhraya Persekutuan dekat sini, semalam.

Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang melalui stesen berkenaan.


Penunggang motosikal yang menerima sumbangan berkenaan turut menerima bendera Malaysia dan beg sumbangan sempena sambutan Hari Malaysia ke-58.

Rata-rata penerima bantuan menyifatkan inisiatif yang dianjurkan pasukan pusat khidmat ADUN Batu Tiga itu amat membantu meringankan beban mereka.

Mereka berharap program seumpama ini dapat dilakukan secara berkala bagi membantu mereka mencari rezeki buat keluarga masing-masing.

Program anjuran Rodziah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Selangor tersebut turut menerima sambutan hangat dan kebanyakan mereka menerima pemakluman program berkenaan menerusi kiriman di aplikasi WhatsApp selain beberapa platform media sosial seperti Facebook.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Copyright © 2021 Media Rania