Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

PANAS – Siapa Akan Ganti Suga Sebagai PM Jepun Yang Baharu?

Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 18 Sep – Persaingan kini bermula!

Kempen untuk memilih ketua Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun yang baharu sekaligus pengganti Perdana Menteri Yoshihide Suga bermula pada Jumaat, menyaksikan empat Ahli Parlimen menawarkan diri sebagai calon.

Pengundian ditetapkan pada 29 September ini, bakal menyaksikan persaingan di antara bekas Menteri Luar, Fumio Kishida, bekas Menteri Komunikasi, Sanae Takaichi, Menteri Vaksinasi, Taro Kono dan Pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP, Seiko Noda, lapor agensi berita Xinhua.

Pemenang bakal menjadi perdana menteri kerana parti itu menguasai Parlimen, selepas Suga pada awal bulan ini mengumumkan tidak akan bertanding semula susulan ketidakpuasan hati rakyat terhadap langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakannya.

Di antara empat calon tersebut, Kono, 58, dengan dasar reformasinya, dilihat sebagai calon pilihan. Tinjauan mendapati beliau menerima sokongan kuat daripada perwakilan muda.

Kono juga mendapat sokongan Shigeru Ishiba, bekas menteri pertahanan yang memutuskan untuk tidak bertanding.

Kishida, 64, pula dijangka dapat meraih sokongan Ahli Parlimen veteran yang tidak menyukai idea reformis Kono, selain 47 lagi ahli yang berpihak kepadanya.

Sementara itu dua calon wanita Takaichi dan Noda pula bercita-cita menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun.

Noda, 61, mengumumkan pencalonannya pada Khamis, memandangkan pencalonannya agak lewat adalah lebih sukar untuk meramal pemenangnya.

Takaichi, 60, tergolong dalam kelompok sayap kanan LDP dan sekutu rapat bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania