Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Junta Tentera Myanmar Tambah Lagi Pertuduhan Terhadap Suu Kyi!

Kongsikan Artikel Ini

YANGON, 17 Sep –  Kerajaan Junta Myanmar bakal mendakwa pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi atas tuduhan salah laku rasuah.

Perkara itu disahkan peguam Suu Kyi, Khin Maung Zaw, yang menyifatkan beberapa kes pertuduhan baharu itu berisiko menyebabkan pemimpin itu dipenjarakan untuk tempoh lebih lama.

Menurut Maung Zaw, Suu Kyi dijangka di bawa ke muka pengadilan atas empat pertuduhan salah laku rasuah sejak 1 Oktober lalu di Naypyidaw.

Setiap pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Suu Kyi kini berada dalam tahanan di kediamannya sejak beliau dan kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa Februari lalu, sekali gus menyebabkan berlakunya pemberontakan dan kekejaman pihak berkuasa.

Pemenang anugerah Nobel berusia 76 tahun itu kini dibicarakan atas dakwaan melanggar sekatan COVID-19 ketika pemilihan yang menyaksikan kemenangan ke atas partinya tahun lalu selepas membawa masuk walkie talkie secara tidak sah dan kesalahan merusuh.

Kes yang sedang dibicarakan membabitkan Suu Kyi ditangguhkan selama dua bulan berikutan Myanmar bergelut dengan peningkatan kes COVID-19 dan ia bersambung kembali minggu ini.

Suu Kyi bagaimanapun tidak hadir pada hari pertama sambungan perbicaraan itu atas masalah kesihatan.

Pihak media tidak dibenarkan membuat sebarang liputan sepanjang prosiding kes berjalan.

Pihak junta turut mendakwa Suu Kyi atas pertuduhan menerima bayaran secara tidak sah membabitkan emas dan melanggar undang-undang kerahsiaan era penjajahan namun ia belum diadili di mahkamah sehingga kini.

Kerajaan Suu Kyi di bawah Liga Demokrasi Nasional (NLD) digulingkan tentera atas tuduhan penipuan undian ketika pilihan raya pada 2020, sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara yang membawa kelumpuhan ekonomi di negara itu.

Menurut kumpulan pemantauan tempatan, susulan itu, lebih 1,100 penduduk negara itu terbunuh manakala kira-kira 8,000 lagi ditahan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania