Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Gesa Ahli Parlimen, ADUN Guna Dana Peribadi Bantu Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA 17 Sep –  Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar semua wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Exco Kerajaan Negeri menyumbang dana peribadi untuk tujuan membantu rakyat.

Jelasnya, wakil rakyat tidak seharusnya bergantung kepada dana atau sumber kewangan daripada kerajaan semata-mata.

“Saya sudah menekankan kepada semua Ahli Parlimen, ADUN, dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, selain daripada sumbangan diterima, mereka wajib keluarkan dana peribadi untuk bantu rakyat yang susah.

“Bukan saja daripada upaya mereka mengambil wang kerajaan atau dapat derma tapi harus beri contoh yang baik dengan keluarkan dana sendiri,” katanya ketika berucap di Majlis Pelepasan Jentera Peduli Nadi Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, Petaling Jaya pada Jumaat menerusi laman Facebooknya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang itu turut menjelaskan, parti politik haruslah dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan pandemik COVID-19 ini.

“Pada hemat saya, parti politik ruangnya bukan sahaja kemukakan usul, pandangan, dasar, beri teguran tapi memberi khidmat yang baik selain daripada usaha daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Saya bangga dan bersyukur kerana ada Ahli Parlimen, ADUN, dan pimpinan parti di semua peringkat terus menerus dengan program mengurangkan beban rakyat ketika berdepan pandemik ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan dapat menyalurkan suntikan dana khas kira-kira RM45 bilion khusus untuk mengurangkan beban rakyat.

Jelas beliau, pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) juga meminta Kerajaan Persekutuan mengecualikan kadar faedah moratorium, selain dana itu untuk menyediakan makan minum, kesihatan dan pendidikan.

Jentera Peduli Nadi Rakyat akan menjelajah seluruh negara bermula di Pulau Pinang dan Kedah untuk menyampaikan bantuan makanan dan bahan mentah seperti ayam segar kepada rakyat yang memerlukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania