Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

UCL – Liverpool Benam Kepulangan AC Milan

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 16 Sep – Jaringan menakjubkan Jordan Henderson memastikan Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan AC Milan sekali lagi dengan kejayaan 3-2 di Anfield seterusnya memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan rentak kemenangan.

The Reds diingati selepas bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk menewaskan gergasi Itali itu pada final Liga Juara-Juara 2005 di Istanbul, sepatutnya mudah membenam skuad kendalian Stefano Pioli yang kembali ke pentas tertinggi bola sepak Eropah.

Juara tujuh kali, Milan bermain pada saingan pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh tujuh tahun, mendahului menerusi dua gol dalam tempoh dua minit sebelum tamat babak pertama yang memberi ancaman buat Liverpool.

Gol sendiri Fikayo Tomori terhasil berikutan dominasi tuan rumah ketika Mike Maignan menyelamatkan penalti Mohamed Salah.

Namun gol Ante Rebic dan Brahim Diaz menukar perlawanan.

Salah menyamakan kedudukan sekali lagi sebelum penamat deras Henderson membuktikan pasukannya layak menang berbaki 21 minit permainan.

Jurgen Klopp mengambil risiko dengan pemilihan pemainnya apabila merehatkan Virgil van Dijk manakala Divock Origi diberikan permulaan pertama musim ini berbanding Sadio Mane.

Perubahan itu tidak menggangu rentak Reds tetapi kekurangan sentuhan di bahagian serangan tengah skuad Klopp sekali lagi terdedah.

“Ia perlawanan dalam kumpulan yang mencabar. Kerana itu adalah penting untuk menang perlawanan ini. Ia tidak menentukan apa-apa tetapi memberikan kami permulaan yang bagus,” kata Klopp kepada BT Sport.

Berikut keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kumpulan A

Club Brugge (BEL) 1 (Vanaken 27)
Paris Saint-Germain (FRA) 1 (Herrera 15)

Manchester City (ENG) 6 (Ake 16, Mukiele 28-gs, Mahrez 45+2-pen, Grealish 56, Cancelo 75, Jesus 85)
RB Leipzig (GER) 3 (Nkunku 42, 51, 73)

Kumpulan B

Atletico Madrid (ESP) 0
Porto (POR) 0

Liverpool (ENG) 3 (Tomori 9-gs, Salah 49, Henderson 69)
AC Milan (ITA) 2 (Rebic 42, Brahim 44)

Kumpulan C

Besiktas (TUR) 1 (Montero 90+4)
Borussia Dortmund (GER) 2 (Bellingham 20, Haaland 45+3)

Sporting Lisbon (POR) 1 (Paulinho 33)
Ajax (NED) 5 (Haller 2, 9, 51, 63, Berghuis 39)

Kumpulan D

Sheriff Tiraspol (MDA) 2 (Traore 16, Yansane 62)
Shakhtar Donetsk (UKR) 0

Inter Milan (ITA) 0 Real Madrid (ESP) 1 (Rodrygo 90)

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania