Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Texas Dan Lousiana Dilanda Taufan Nicholas Pula

Kongsikan Artikel Ini

TEXAS, 16 Sep – Taufan Nicholas yang bergerak perlahan melepasi pantai teluk kelmarin mengakibatkan negeri Texas dan Louisiana dilanda hujan lebat serta banjir.

Kebanyakan jalan utama ditenggelami air, menyebabkan ribuan rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik.

Kerosakan akibat Nicholas menyusul dua minggu selepas Taufan Ida mengorbankan lebih 80 orang merentasi sekurang-kurangnya lapan negeri di Amerika Syarikat (AS) dan memusnahkan banyak kawasan di pesisiran Louisiana berdekatan New Orleans.

Belum ada kematian dilaporkan akibat Nicholas, yang makin lemah menjelang petang kelmarin, sejak ia melanda di sepanjang pantai teluk Texas awal pagi kelmarin, dengan kelajuan angin 121 kilometer sejam (km/j).

Nicholas membawa hujan antara tiga hingga tujuh sentimeter merentasi rantau itu kelmarin, menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional (NHC).

Ahli kaji cuaca sebelum ini memberi amaran mengenai paras hujan berbahaya ketika Nicholas membentuk taufan di pantai Texas menuju ke daratan.

Pegawai cuaca berkata Nicholas mengakibatkan angin kencang maksimum 120 km/j dan hujan sehingga 460 milimeter (mm) di Houston, Texas.

“Ia turut membawa hujan lebat, angin kencang, dan ribut ke bahagian tengah serta pesisiran pantai Texas, kata NHC.

“Ada kemungkinan berlaku banjir kilat yang mengancam nyawa, terutama di kawasan metropolitan dan bandar,” menurutnya melalui buletin terbaru.

NHC, yang berpangkalan di Miami, berkata pusat taufan itu terletak kira-kira 30 kilometer (km) ke tenggara Matagorda di Teluk Mexico, yang hanya beberapa kilometer di barat daya Houston, bandar terbesar di Texas.

NHC mengeluarkan peringatan lonjakan ribut di sebahagian besar pantai, yang bermaksud terdapat bahaya mengancam nyawa daripada peningkatan paras air dari garis pantai.

“Ini adalah keadaan yang mengancam nyawa,” katanya, mengingatkan penduduk di daerah itu supaya mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi melindungi nyawa serta harta benda.

Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, berkata bandar itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pihak berkuasa membina sekatan, menggerakkan pejabat pengurusan kecemasan dan menggesa penduduk mengambil langkah keselamatan tambahan.

“Saya menggesa semua orang jangan berada di jalan apabila matahari terbenam dan mengelak memandu malam ini hingga esok kerana kita menjangkakan hujan lebat,” katanya melalui Twitter.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania